http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/STIDKLut6QI/AAAAAAAAAsI/cBo6xn7s-
Yang Paling Susah
2/04/2010 09:50:00 AM | Author: yus_anakmelayu
Yang paling susah,
Bila semua hati perlu dijaga,
Seperti menarik rambut dalam tepung,
Mencari sebutir pasir dalam secupak beras,
Semakinku jaga semakin terasa

Yang paling susah,
Bila menyimpan rahsia diri,
Bila dipendam menekan-nekan,
Bila dikhabar membuka aib,
Pasa siapa boleh percaya?
Pada siapa boleh berkongsi?
Akhir tindakan menggila sendiri

Yang paling susah,
Memikul tanggungjawab,
Andai ditolak dituduh pengecut,
Kalau mengambil bimbang terabai,
Sampai saat dosa tertimpa

Dan yang paling susah,
Bukan untuk aku sahaja,
Untuk sesiapa jua,
Bila ditanya,
Adakah anda sudah membayar hutang meninggalkan solat?
Links to this post
Pesona Tahajud
2/02/2010 11:39:00 PM | Author: yus_anakmelayu
Dengan curahan air malam hari
Mencari susur galur ketenangan
Melata ke seluruh tubuh
Membalut diri dengan kain suci
Bersembunyi di sebalik kegelapan

Selesa pada keadaanku
Tenang menarik nafas
Kalimah Allah jadi jalan
Minta maghrifah minta keredhaan
Syukur itu jawaban

Perjalanan panjang lewat malam itu
Hadir niat menyusul qiam
Rukuk, iktidal, sujud,iftirasy semua kulalui
Berakhir gerak dengan tasyahud
Taslim dan muhasabah tak pernah ditinggal

Dialog manusia dengan tuhan
Tiada perantara tidak tertekan
Terhapus dosa jadi harapan
Amalan dunia bekalan akhirat
Moga Tahajud jadi jalan
Amiin.....
Links to this post
Coretan Tanpa Idea
1/24/2010 04:09:00 AM | Author: yus_anakmelayu
Assalamualaikum....
Mengapa terasa seolah-olah kosong fikiranku? Tidak tahu apa harus aku luahkan dalam entri kali ini. Menulis sekadar ingin meregang-regangkan jari-jemari kasar. Dua minggu terakhir ini, banyak juga sebenarya perkara yang berlaku. Kejohanan Silat terbuka dan IPTA Taming Sari II anjuran UKM baru sahaja melabuhkan tirai. Sudah tertulis, pingat perak milik aku, alhamdulillah. Semoga kejohanan di UPSI akan lebih baik! amiin...
Dalam beberapa hari ini ada satu persoalan bermain dalam fikiran. Mudah sahaja; adakah orang yang "sepertiku" ini layak didampingi seorang yang bergelar ustazah atau yang sejenis dengannya? Maksudku, wanita yang baik-baik. Menyedari hakikat diri sangat lagho, memang sukar membayangkan bagaimana wanita dari golongan ini boleh mendampingiku @ ingin mengenaliku.
Apapun, soal jodoh, soal rezeki(aku masih mencari pekerjaan), aku serahkan pada tuhan(ya, aku juga berusaha).
Assalamualaikum....
Links to this post
Jalan Baru
1/22/2010 11:48:00 AM | Author: yus_anakmelayu
Terima kasih kerana membuka jalan.... semoga lebih luas di masa akan datang... :)
Links to this post
Melayu Kuat atas Dasar Apa?
1/01/2010 04:57:00 AM | Author: yus_anakmelayu
Assalamualaikum. Saya terpanggil untuk menulis entri ini atas dua sebab; kejayaan Teater Natrah dan kedua ialah keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan perkataan Allah digunakan dalam akhbar mingguan penganut Kristian katholik.
Saya tidak berpeluang melihat persembahan teater Natrah namun melalui pembacaan, terlalu banyak kritikan yang menyatakan bahawa si pengarah gagal menterjemah Natrah selaku ikon kebangkitan agama Islam sebaliknya agama Islam dilihat seolah-olah tewas ditangan kristian. Dalam teater tersebut Natrah digambarkan akhirnya telah memeluk Kristian walhal secara realiti Natrah merupakan seorang etheis.
Kedudukan Islam juga menjadi mainan agama lain apabila penggunaan perkataan Allah dibenarkan dalam majalah mingguan Harold Catholic Weekly. Permohonan yang dikemukakan oleh ketua paderi, Tan Sri Murphy Pakiam secara peribadi dianggap menghina kedudukan Islam di Malaysia. Tidak dapat dinafikan Perkataan Allah sebenarnya bukan hak eksklusif untuk umat Islam jika kita merujuk kepada konteks negara Asia Barat. Namun, dalam konteks negara Malaysia sangat dikhuatiri perkara ini boleh menimbulkan salah faham di kalangan umat Islam.
Kedua-dua kes memperlihatkan agama Islam diperlekehkan walaupun dalam konteks yang berbeza. Kes Natrah memperlihatkan agama Islam seolah-olah agama yang lemah walhal ketika isu itu kebangkitan Islam Malaya sangat dahsyat sehingga dikatakan rusuhan yang berlaku adalah yang terbesar bertitik tolak dari sentimen keagamaan. Penggunaan perkataan Allah oleh masyarakat bukan Islam dilihat lebih berani sehingga membawa kepada perdebatan di mahkamah. Lebih buruk, Islam kelihatan seolah-olah tewas apabila Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada majalah Katholik tersebut menggunakan perkataan Allah.
Persoalannya, sukarkah untuk masyarakat Melayu bersatu apabila agama Islam dipermainkan? Saya masih boleh menerima jika isu ini melibatkan perkara yang kecil seperti perebutan kedudukan seperti di Pulau Pinang, tetapi ini melibatkan isu agama yang suci. Seharusnya Islam merupakan faktor utama kekuatan Melayu. Saya sangat sedih apabila orang Melayu di Malaysia terpecah kepada beberapa bahagian atas dasar fahaman politik. Penting sangatkah pendirian anda itu sehingga melebihi kepentingan Islam? Sedar diri bukan alim mahupun berilmu, tetapi tanyalah pada sesiapa jua tiada orang yang tidak sayangkan agama dan bangsanya. Jadi, Melayu sebenarnya kuat atas dasar apa?
Links to this post
Hari Lahirku
12/14/2009 06:07:00 PM | Author: yus_anakmelayu
Assalamualaikum.
Hari ini, 15 Disember merupakan tarikh dimana aku dilahirkan dari perut ibuku. Mama, terima kasih kerana sudi melahirkan dan membesarkan saya... papa, terima kasih kerana memberi didikan sewajarnya kepada saya. Tidak terbalas semua itu.
Links to this post
Hujung Tahun Selalu Begini
12/06/2009 02:06:00 AM | Author: yus_anakmelayu
Assalamualaikum....
Lama juga tidak membuka blog ini... Entah...
Memang begini bila berada di hujung tahun... Semakin lama semakin lembab...
Semakin lama semakin malas... Semakin lama semakin lemah... Semakin kurang motivasi... Hujung tahun ini jugala "selalunya" banyak musibah yang tak diduga... Apapun, itu qaa' dan qadar dari Allah S.W.T.... Apalah daya kita untuk menghalang melainkan terus berusaha dan berdoa...
Seminggu lagi menjejak tarikh kelahiranku, Azam dan usaha itu pasti akan berganda... Jangan khuatir, sebagaimana yang kamu(sahabatku) kenal, aku insan syang sentiasa tersenyum, ketawa, dan suka membuat orang lain ketawa...
Assalamualaikum...
Links to this post