http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/STIDKLut6QI/AAAAAAAAAsI/cBo6xn7s-
Tiada
7/21/2011 12:04:00 PTG | Author: yus_anakmelayu
Kosong...
Links to this post
Dari Mana?
7/16/2011 07:07:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Assalamualaikum...
Sudah begitu lama jari ini tidak menaip di blog. Bukan tidak ada bahan atau kekeringan idea. Terlalu banyak sebenarnya. Kekangan yang berlaku kerana diri terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti. Status terkini, saya Yusrizam Ibrahim kini merupakan pelajar Kursus Perguruan Lepas Ijazah(KPLI) SR, Bahasa Melayu SJKC ambilan Januari 2011. Sudah lama, tetapi mungkin ada rakan-rakan yang masih tidak mengetahui. Kini, berada pada fasa klimaks kursus ini iaitu praktikum.

Ditempatkan di SK Linggi, sekolah luar bandar yang berada dalam daerah Port Dickson, Negeri Sembilan. Cukup tenang dengan rata-rata kawasan dipenuhi rimbunan pohon baik yang ditanam mahupun liar.

Proses belajar menjadi guru bermula. Guru yang sebenar-benar guru. Sekolahnya mungkin tidak terlalu menonjol baik dari segi akademik mahupun hal-hal lain. Namun, hati masih lagi seronok. Apalah guna berada di sekolah yang sedia ada hebat andai diri tidak teruji sepenuhnya. Biar kita di sekolah hujung dunia dan tidak punya apa-apa kerana kita tahu kita punya sesuatu untuk diubah, dikembangkan, ditingkatkan. Kitalah guru hebat jika kita mampu mengubah suasana sekolah menjadi lebih baik.

Perkara yang paling terkesan dalam hati apabila berada di sekolah luar bandar adalah tahap solutasi murid-muridnya masih menebal, tidak seperti ketika mengajar di sekolah bandar satu ketika dahulu. Terkesima, apabila berjumpa murid di surau dan murid itu memanggil panggilan keramat , "cikgu!" lalu terus mendapatkan tangan, bersalam, mencium tangan. Manisnya hidup seorang guru apabila dihormati anak didik sebegitu rupa.

Maka, semua bakal guru, dengarlah suara anak-anak itu, bukan suara DG41 yang memanggil-manggil. Sahutlah tangan anak-anak itu, bukan ganjaran elaun yang menggunung. Menjadi guru perlu dari hati, bukan kerana desakan kerja yang semakin menyempit hari demi hari. Aku redha jalanku untuk menjadi guru lebih panjang berbanding rakan yang lain. Tetapi, baru bukan bermakna aku tidak mampu. Kata seorang guru di sekolah itu, Pengalaman jangan diukur dengan masa kerana masa bukan gambaran sebenar seseorang itu berpengalaman atau sebaliknya. Ilmulah yang mencorakkan seorang guru muda untuk lebih bernilai berbanding guru tua yang telah lama mengajar tetapi masih di takuk lama.

Bakal guru, pesan ini untuk kamu, untuk aku juga. Jadilah guru yang sebenar-benar guru. Akhlas dari hati, insyaAllah segala perbuatan kita selepas itu akan memperlihatkan kita sebagai seorang guru... Amiin...
Assalamualaikum.
Links to this post