http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/STIDKLut6QI/AAAAAAAAAsI/cBo6xn7s-
Pendekar Seabad 5 - Bahagian 2
10/29/2009 03:41:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Kejohanan Pencak Silat 'Pendekar Seabad 5' yang telah diulas pada entri sebelum ini. Cebisan memori untuk tatapan sahabat semua. Kadang kala, gambar lebih sesuai untuk menceritakan segalanya =)













Links to this post
Impian Aku
10/29/2009 03:10:00 PG | Author: yus_anakmelayu

Assalamualaikum...
Semua orang ada impian. Aku juga ada impian. Impian aku kecil sahaja.
Ya Allah, kabulkanlah impian aku untuk menjadi seorang guru yang berupaya mewujudkan lorong bagi anak muridku mengejar impian mereka...
Ingin benar aku menjadi seorang guru. Masih belum tercapai. Sahabat, doakan aku berjaya memetik impian kecil aku ini.
Links to this post
Pendekar Seabad 5
10/27/2009 12:21:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Assalamualaikum,

Pertengahan Oktober 2009, Kejohanan Silat antara IPT dan Terbuka, 'Pendekar Seabad 5' telah berlangsung dengan jaya. Dah lama tak bermain silat untuk UM, jadi agak 'berat'sedikit badan ni nak berlatih. Apapun alhamdulillah, aku membawa pulang satu pingat emas untuk kelas E Putra antara IPT(Silat olahraga) dan satu pingat perak bagi acara berpasukan(Kalah dengan PULAPOT/TLDM). Bukan ini yang ingin aku sampaikan sebenarnya, tetapi lebih penting mengajak anak muda menyertai silat. Ini lah sahaja yang tinggal untuk kita yang masih belum terusik. Cikgu silat aku kata, Apabila kita menganjurkan sesebuah pertandingan silat, kita telah menyelamatkan sekurang2nya beratus orang daripada melakukan perbuatan yang sia-sia. Tanamkan niat di situ sahaja. Agak tertarik dengan senikata lagu Gayong;

Dengan Bismillah mula dikata,
Mengingati kebesaran Allah yang mulia,
Kerana wajib telah ternyata,
Segala perbuatan haruslah diserta.

Seni Gayong payung pusaka,
Naungan aneka hikmat mulia,
Rahsia tersimpan di purbakala,
Ilham menyusun zahir semula.

Niatnya bersih baunya suci,
Berseru kepada putera dan puteri,
Agama yang mulia dijunjung tinggi,
Belalah bangsa, adat dan negeri.

Gayong bercantum bersatu padu,
Mengingatkan junjungan empunya seru,
Sama sendiri bantu membantu,
Selamat sejahtera hajat dituju.


Assalamualaikum....
Links to this post
10/25/2009 08:49:00 PTG | Author: yus_anakmelayu
Links to this post
Amarah Mengatasi Segalanya
10/25/2009 03:18:00 PTG | Author: yus_anakmelayu
Bismillah pemula kalam agar apa yang dicoret ini tidak melencong dan tersesat jauh.
Assalamualaikum.
Banyak juga blog yang telah aku telusuri semenjak Laman Hakiki ini dicipta. Menarik belaka blog yang ada.
Pada pemerhatian aku, ada satu perkara yang sukar untuk penulis blog melepaskan diri iaitu menulis sesuatu yang mampu mengguris hati pihak lain samada dalam keadaan sedar atau tidak. Aku juga tidak terkecuali.
Bagi diri aku ada dua sebab sahaja mengapa perkara ini terjadi. Yang pertama, sememangnya sesuatu artikel itu sengaja diwujudkan untuk membuat sesiapa sahaja tidak senang duduk dan yang kedua, kemungkinan penggunaan perkataan atau diksi yang kurang tepat bagi mewakili maksud yang disampaikan sehingga orang yang membaca tersalah tafsir.
Pagi pembaca blog(termasuk aku), mungkin panduan ini agak relevan;

1) Bersifat terbuka
2) Menyelidik dengan lebih telus sebelum menghakimi
3) Gunakanlah blog sebagai pentas untuk berkawan, bukannya mencari lawan.

Assalamualaikum.
Links to this post
Ketentuan
10/23/2009 10:12:00 PTG | Author: yus_anakmelayu
Assalamualaikum.
Manusia memang suka merancang.
Tetapi, tidak semua yang kita rancang berakhir sebagaimana yang kita mahu. Bagitu juga aku yang merancang sesuatu dengan harapan yang penuh agar perkara yang aku rancang itu berjaya disempurnakan. Di akhirnya, ujian melanda. Musnah semua rancangan.
Cuma bezanya kita dengan manusia yang berlainan agama, kita punya Allah untuk kita mengadu.
Timbul pula persoalan, selalukah kita mendekati tuhan yang satu itu? Percayakah kita pada Qada' dan Qadarnya? Meskipun kita beragama Islam, jarang sekali kita redha dengan ketentuanNya. Contoh yang mudah, waktu petang untuk bermain bola sepak. Hati memberontak apabila hujan mula turun dengan lebat.
Kes yang berlaku pada aku ini mudah sahaja. Soal cinta. Berlaku antara dua nyawa. Pernah berjanji seia sekata. Aku juga menanam impian untuk menjadikannya suri(seperti terlalu awal). Akhirnya terbengkalai dek mentalitinya yang menganggap diri terlalu hina berbanding pasangannya walhal aku lebih teruk darinya. Mungkin itu sekadar alasan untuk melepaskan diri daripada aku.
Aku terima sebagai ketentuan. Kawanku berpesan, soal sekecil ini jangan kau jadikan nanah dalam hati. Memang lelaki perlu berteman, tetapi bukan wajib bahkan mungkin haram kalau ianya sebelum ke jinjang pelamin. Apatah lagi di zaman ini, wanita terlalu ramai untuk dipilih. Panjang lagi masa.
Nasihat yang selalu dan sudah jemu untuk aku mendengarnya tetapi sangat rasional dan benar kata-kata itu.
Yusrizam Ibrahim, teruskan hidupmu seperti biasa. Bukankah kau bercita-cita menjadi seorang guru bahasa Melayu yang mampu menyedarkan anak bangsa kepentingan bahasa ibunda? Bukankah kau bercita-cita menyara kedua ibu-bapamu? memberi mereka kesenangan dalam sisa-sisa usia mereka? Itu janjiku, dan akan aku tunaikan! dengan izin Allah!

Assalamualaikum...
Links to this post
Puisi Cinta
10/22/2009 09:21:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Aku yang pernah
Engkau kuatkan
Aku yang pernah
Kau bangkitkan
Aku yang pernah
kau beri rasa

Saat ku terjaga
Hingga ku terlelap nanti
Selama itu aku akan
Selalu mengingatimu

Bila lagi ku tulis untukmu
Tulisan-tulisan indahku yang dulu
Pernah warnai dunia
Puisi terindahku hanya
Untukmu......

Ku ingin kau kan kembali lagi
Menemaniku menulis lagi
Kita harungi bersama
Puisi terindahku hanya..
Untukmu....



Links to this post