http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/STIDKLut6QI/AAAAAAAAAsI/cBo6xn7s-
Khabar Terbaru
6/05/2012 01:14:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Assalamualaikum. Cepat benar masa berlalu. Sedar atau tidak, kini kita sudah berada di pertengahan tahun 2012. Sekian lama tidak menulis di blog ini, aku dengan sukacitanya ingin memaklumkan kepada sahabat semua bahawa aku kni sudah berkerjaya. Usai sahaja Kursus Pergfuruan Lepas Ijazah(KPLI) di Seremban tahun lepas, aku dipanggil untuk mengajar di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina bermula 16 Januari 2012. SJK(C) Puay Chai 2, Sekolah pertamaku sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswaza DG41. Terletak di Bandar Utama 3, berhampiran pusat beli-belah OU, menjanjikan cabaran yang besar. Rata-rata anak didikku mempunyai latar belakang keluarga yang cukup mewah dan mementingkan kesempurnaan. Setiap perkara yang dirasakan tidak kena, mereka akan terus berhubung dengan pihak pentadbiran sekolah. Tekanan yang aagak besar untuk guru-guru baru seperti aku ini. Satu lagi perkhabaranku untuk sahabat semua, aku menantikan bulan September 2012 dan Mac 2013. Semoga Allah permudahkan urusan. Amiin... Assalamualaikum :)
Links to this post