http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/STIDKLut6QI/AAAAAAAAAsI/cBo6xn7s-
Yang Paling Susah
2/04/2010 09:50:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Yang paling susah,
Bila semua hati perlu dijaga,
Seperti menarik rambut dalam tepung,
Mencari sebutir pasir dalam secupak beras,
Semakinku jaga semakin terasa

Yang paling susah,
Bila menyimpan rahsia diri,
Bila dipendam menekan-nekan,
Bila dikhabar membuka aib,
Pasa siapa boleh percaya?
Pada siapa boleh berkongsi?
Akhir tindakan menggila sendiri

Yang paling susah,
Memikul tanggungjawab,
Andai ditolak dituduh pengecut,
Kalau mengambil bimbang terabai,
Sampai saat dosa tertimpa

Dan yang paling susah,
Bukan untuk aku sahaja,
Untuk sesiapa jua,
Bila ditanya,
Adakah anda sudah membayar hutang meninggalkan solat?
|
This entry was posted on 2/04/2010 09:50:00 PG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 Pandangan Sahabat Laman:

On 4 Februari 2010 2:42 PTG , Faiz Faiza berkata...

soalan di hujung puisi tu siapa ajukan? Tok Mail?

senak nak menjawabnya. astaghfirullah.....

itu jg soalan pertama yg bakal di tanya nanti. solatmu bagaimana???