Assalamualaikum.
Bertahun blog ini suram tanpa berita. Hari ini, hamba tergerak hati untuk mengemas kini blog ini semula. Masa pantas berlalu. Terlalu banyak perubahan. Terlalu banyak kisah yang tidak diceritakan. Harus bermula di mana ya? Baiklah. Serba ringkas perubahan yang mungkin tidak pernah diceritakan di laman ini ;
1)Pekerjaan kini : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah/cikgu
2)Tempat kerja : SK Seksyen 9, Kota Damansara
3)Status : sudah berumah tangga. Alhamdulillah
InsyaAllah akan cuba menghidupkan kembali laman ini. Cumanya, kandungan cerita mungkin tidak lagi mendayu-dayu mengemis cinta manusia seperti dahulu. ^_^ Benarlah, masa mematangkan manusia.
Sampai di sini dahulu. Assalamualaikum.
|
Assalamualaikum.
Cepat benar masa berlalu. Sedar atau tidak, kini kita sudah berada di pertengahan tahun 2012. Sekian lama tidak menulis di blog ini, aku dengan sukacitanya ingin memaklumkan kepada sahabat semua bahawa aku kni sudah berkerjaya. Usai sahaja Kursus Pergfuruan Lepas Ijazah(KPLI) di Seremban tahun lepas, aku dipanggil untuk mengajar di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina bermula 16 Januari 2012.
SJK(C) Puay Chai 2, Sekolah pertamaku sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswaza DG41. Terletak di Bandar Utama 3, berhampiran pusat beli-belah OU, menjanjikan cabaran yang besar. Rata-rata anak didikku mempunyai latar belakang keluarga yang cukup mewah dan mementingkan kesempurnaan. Setiap perkara yang dirasakan tidak kena, mereka akan terus berhubung dengan pihak pentadbiran sekolah. Tekanan yang aagak besar untuk guru-guru baru seperti aku ini.
Satu lagi perkhabaranku untuk sahabat semua, aku menantikan bulan September 2012 dan Mac 2013. Semoga Allah permudahkan urusan. Amiin...
Assalamualaikum :)
|
Dia pemilik dua jiwa
Jiwa kudus dan jiwa rakus
Terkadang bagus terkadang hancur
Bersilih ganti membelai hati nurani
Menjerut antara satu sama lain
Kuasa setara cetus sengsara
Dia sukar memilih
Keyakinan pada pencipta
Atau bisikan syaitan durjana
Bayang-bayang silih berganti
memerangkap dia dalam ketidaktentuan
Hatinya lopong
Keterisian berselang kekosongan
Ketinggian darjat turut mengundang lembah celaka
Dirantai, dipasang bersama-sama
Bilakah saatnya dia mampu memutuskan?
|
Putus Asa
8/13/2011 06:33:00 PG
| Author:
yus_anakmelayu
Kecelaruan membenak akal singkat ini
Menjadi kelodak yang hanyir
Membenih mutiara suci bukan mudah
Kerana terlalu jauh dari ruang yang bersih
Sifat mutiara itu kini semakin mendap
dalam kelodak hanyir
hingga aku tidak pasti masih adakah lagi ruang
untuk melihat segalanya kembali putih....
|
Tiada
7/21/2011 12:04:00 PTG
| Author:
yus_anakmelayu
Kosong...
|
Dari Mana?
7/16/2011 07:07:00 PG
| Author:
yus_anakmelayu
Assalamualaikum...
Sudah begitu lama jari ini tidak menaip di blog. Bukan tidak ada bahan atau kekeringan idea. Terlalu banyak sebenarnya. Kekangan yang berlaku kerana diri terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti. Status terkini, saya Yusrizam Ibrahim kini merupakan pelajar Kursus Perguruan Lepas Ijazah(KPLI) SR, Bahasa Melayu SJKC ambilan Januari 2011. Sudah lama, tetapi mungkin ada rakan-rakan yang masih tidak mengetahui. Kini, berada pada fasa klimaks kursus ini iaitu praktikum.
Ditempatkan di SK Linggi, sekolah luar bandar yang berada dalam daerah Port Dickson, Negeri Sembilan. Cukup tenang dengan rata-rata kawasan dipenuhi rimbunan pohon baik yang ditanam mahupun liar.
Proses belajar menjadi guru bermula. Guru yang sebenar-benar guru. Sekolahnya mungkin tidak terlalu menonjol baik dari segi akademik mahupun hal-hal lain. Namun, hati masih lagi seronok. Apalah guna berada di sekolah yang sedia ada hebat andai diri tidak teruji sepenuhnya. Biar kita di sekolah hujung dunia dan tidak punya apa-apa kerana kita tahu kita punya sesuatu untuk diubah, dikembangkan, ditingkatkan. Kitalah guru hebat jika kita mampu mengubah suasana sekolah menjadi lebih baik.
Perkara yang paling terkesan dalam hati apabila berada di sekolah luar bandar adalah tahap solutasi murid-muridnya masih menebal, tidak seperti ketika mengajar di sekolah bandar satu ketika dahulu. Terkesima, apabila berjumpa murid di surau dan murid itu memanggil panggilan keramat , "cikgu!" lalu terus mendapatkan tangan, bersalam, mencium tangan. Manisnya hidup seorang guru apabila dihormati anak didik sebegitu rupa.
Maka, semua bakal guru, dengarlah suara anak-anak itu, bukan suara DG41 yang memanggil-manggil. Sahutlah tangan anak-anak itu, bukan ganjaran elaun yang menggunung. Menjadi guru perlu dari hati, bukan kerana desakan kerja yang semakin menyempit hari demi hari. Aku redha jalanku untuk menjadi guru lebih panjang berbanding rakan yang lain. Tetapi, baru bukan bermakna aku tidak mampu. Kata seorang guru di sekolah itu, Pengalaman jangan diukur dengan masa kerana masa bukan gambaran sebenar seseorang itu berpengalaman atau sebaliknya. Ilmulah yang mencorakkan seorang guru muda untuk lebih bernilai berbanding guru tua yang telah lama mengajar tetapi masih di takuk lama.
Bakal guru, pesan ini untuk kamu, untuk aku juga. Jadilah guru yang sebenar-benar guru. Akhlas dari hati, insyaAllah segala perbuatan kita selepas itu akan memperlihatkan kita sebagai seorang guru... Amiin...
Assalamualaikum.
|
Perkenalan itu kadang kala menyesakkan apabila
Setiap memori yang dikutip satu persatu
Terlerai diterbangkan angin kejauhan
Menghantar jauh ke ceruk dunia
Perkenalan itu kadang kala menyesakkan apabila
Diri terpaksa menelan hempedu perpisahan
Melambai tangan kanan tangan kiri sembunyi
menggenggam sedih yang teramat sangat
Namun sangat menyenangkan apabila
Perpisahan selepas perkenalan membuakkan semangat
Menunggu penuh sabar
Laksana Tuah menanti Si puteri gunung
Seperti Adam menunggu sirna daripada Hawa
Dan saat pertemuan kembali berlaku
Percayalah kita manusia yang paling bertuah....
|