http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/STIDKLut6QI/AAAAAAAAAsI/cBo6xn7s-
Cinta Agung
10/13/2010 12:33:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Dalam kecelaruan mencari pemakai rusuk kiriku,

Mata semakin lama semakin kabur,

Hingga satu saat aku menjadi buta,

Tidak kenal antara kupu-kupu dan rerama.



Bangkit pagi terbuka ikatan pertama,

Wuduk mengalir terlerai ikatan kedua,

Takbir dan salam terjawab semuanya.



Kesedaran menyelubungi benak akal,

Kesempurnaan tidak pernah hadir untuk insan,

Kecantikan bukan timbangan menuju Firdaus,

kekayaan hanya bayangan penerus hidup.



Tubuh kaku semakin sedar,

Cinta agung cinta bertimbal balik,

Cinta menegak hamba dan Khalik,

Janji Al-Baqarah ayat satu lima dua,

Berzikir padaNya pasti beroleh imbalan serupa.
Kertas Tisu di Balik Cermin Kaca
9/28/2010 07:23:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Kertas tisu di balik cermin kaca

Putih kau bersih

Bersih paling suci

Suci juga lembut

Lembut dan nipis



Apa lagi kata yang sesuai?

Menggambarkan betapa aku cenderung

Memerhati dan meyelidik dirimu

Sungguh aku bersungguh!



Terlupa seketika

Kertas tisu itu di balik kaca

Tidak tersentuh biarpun terlihat zahirnya

Tidak terasa biar jelas keayuannya



Biar seribu usia aku berusaha

Yang kumampu hanyalah

Melihat sucinya kertas tisu

Di sebalik bingkai kaca



27 September 2010

Makan, Bola Golek, juga Gedung Buku :)
Hakikat
9/22/2010 03:38:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Tidak tetap tidak
Ya pasti ya
Kemaskini
8/09/2010 04:00:00 PTG | Author: yus_anakmelayu
Assalamualaikum.
Sudah agak lama tidak menulis di blog ini. Hidup aku bukanlah sesibuk mana, tetapi entah mengapa hati tidak terniat untuk menulis. Aku seperti biasa, dengan kerjaku sebagai seorang guru. Aktiviti silat juga masih lagi bergerak aktif. Cuma PALAPES dan aktiviti fakulti sahaja yang tidak lagi bermain dalam otak fikiranku.
Sekian lama berkhidmat di SMK Damansara Jaya, aku sebenarnya masih lagi tertanya-tanya apa yang aku perolehi dan apa yang aku beri? Sukar sekali menjawab soalan ini. Gaya hidup di sekolah ini yang sangat 'maju' kadangkala memualkan aku. Hampir juga diri terikut-ikut hidup serba moden ini.
Dunia percintaanku pula semakin berkembang jalan ceritanya. Aku peroleh bakal suri yang sanggup menjagaku. Semoga berkekalan.
Berhenti di sini dahulu, loceng akan berbunyi sebentar lagi. Assalamualaikum.
Malam Duka (Al-Fatihah)
6/11/2010 01:52:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Malam ini malam duka
Waktu terasa semakin perlahan
Mata semakin panas
Menahan kesedihan
Tidak lama
Aku tewas
Bergenang air mata
Mengingat guru lama
Meninggalkan semua...

Wajah itu
Terasa baru semalam tersenyum padaku
Berdiri menyampaikan ilmu
Hari ini
Setiap yang telah berlaku
Tak mungkin dapat kulalui lagi
Cikgu,
Terima kasih...
Moga rohmu berada di kalangan orang yang disayangi Allah...
Al-Fatihah

(Untuk guru tersayang, Puan Kamisah Yang baru sahaja meninggal dunia pada malam tadi, malam jumaat, 10 Jun 2010)
Hanyut
5/27/2010 09:10:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Kerjaya membunuh perjuangan
Yang ditakuti jadi kenyataan
Sejak menara Malaya ditinggalkan
Sejak duit diperlukan

Setiap masa memikirkan kesempitan
Bagaimana melangsung hidup
Mencari keselesaan
Sehingga lupa dan lalai

Jawatan menguburkan semangat
Kedudukan memenggal pegangan
Wang mencantas keyakinan
Segalanya kini kenangan

Wahai pemuda Melayu
Kau lupa perjuangan asalmu
Memperkasa bahasa ibunda
Di tengah kerakusan penguasa

Sejak hidupmu terikat dengan hidup
Sejak usiamu terkongkong dengan tanggungjawab
Kau semakin jauh meninggalkan
Ketentuan
4/08/2010 03:21:00 PTG | Author: yus_anakmelayu
....sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah pasti akan datang, maka janganlah kalian minta untuk disegerakan.... (An-Nahl, ayat 1)
Harapan
3/31/2010 12:26:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Keterlaluan dalam tekanan,
Moga iman jadi cahaya penerang jalan....
Kisah Biasa Aku (Bahagian ke-3)
3/19/2010 02:16:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Kembali membicarakan kisah aku
Kisah biasa mengisi masa
Jangan baca andai tidak bisa
Jangan cerca andai bukan selera
Kisah aku kisah biasa hanya untuk aku
Juga teman yang sudi meluang masa

Dia.. Siapa dia sebenarnya
Sehingga mampu membuat aku menulis
begini panjang sehingga edisi ketiga
Wanita biasa, agamanya sekapal dengan kita
Santunnya juga seperti wanita Melayu kini
Satu perkara yang mencuri pandangan mataku
Dia sangat kuat!
Hidup dalam keadaan yang sentiasa menekan
Jika aku di sana sudah pasti aku tertewas
Dia... masih mampu tersenyum

Malam itu aku kecewa
Mendengar kata setangkas kilat mencucuk kalbu
Membuncah hati jadi serba kaku, bisu, keliru
Cuba mentafsir kehendak sebenarnya
Perlakuan tak seiring perkataan
Memaksa aku memaksa
Akhirnya....

Pagi semalam aku duduk berteleku
Dua kali tujuh ayat selesai dengan dua salam
Kini kitab suci terbuka di telapakku
Mencari kekuatan, ketenangan, keyakinan...
Benar... aku sangat goyah...
Perlahan benar bacaanku
Tersekat kekuatanku dibalik ujianNya
Mujur aku sendiri
Titis hujan jatuh sedikit demi sedikit
Setitik berselang sendu
Sehelai diselak bersama lagu tangis
Aku kini tak mampu berbuat apa-apa

Pembaca budiman
Tidak perlulah ketawa sinis
Jangan melihat aku lelaki yang lemah
Aku yakin kamu juga pasti merasai
Apa yang tersedia di sini
Bukan hanya untuk aku
Untuk semua yang tiba-tiba merasakan
Sudah terserempak "Ratu"
Aku benar-benar berjumpa "Ratu"
Tak mampu melangkah lagi
Kisah biasa aku tak usai di sini
Usia masih panjang(dengan izinNya)
Belajar jadi sabar
Andai benar "Ratu" ini memang aku yang punya
Takkan kubiarkan begitu sahaja
Menanti pasti......
Kisah Biasa Aku (Bahagian Kedua)
3/18/2010 11:47:00 PTG | Author: yus_anakmelayu
Sudah kukatakan
Kisah ini meruntun jiwa aku
Pembaca budiman jangan cepat mentafsir
Kisah biasa aku bukan kisah bahagia
Walau belum ada penghujungnya

Saban hari rasa terjalin sendiri
Dianyam kemesraan dan keceriaan
Aku menunggu, dia apatah lagi
Laksana tren yang tidak pernah melewati waktu
Saat itu pasti hadir, singgah, dan bertamu
Diangkat dan mengangkat
dipuji dan memuji
Merajuk dan terpujuk
Sukar melepaskan waktu-waktu singkat itu


Ada satu perkara yang aku sengaja lewatkan
Menceritakan secara samar, kabur, dan berkias
Kisah lama yang sukar untuk dibuang
Menjadi ketakutannya sepanjang masa
Kerana kisah duka ini dia terseksa
Menanggung siksa memakan diri
Satu saat aku sangat tersentuh
Taat benar dia menghargai kepercayaannya
Bersungguh benar dia mempertahankan miliknya
Masa silam harta berharga
Mustahil berganti dengan janji waktu hadapan yang aku bawa
Paling tidak untuk waktu sesingkat ini

Akur satu jalan terbaik
Wanita sesetia ini yang aku cari
Mengikat sepenuh percaya pada sandarannya
Tidak susah untuk sabar seketika
Satu ketika dirasakan sangat hampir
Dan satu saat kembali menjauhi
Kisah ini takkan berakhir begini
Aku tak mungkin membiarkannya jadi begini
Kisah biasa aku akan bersambung lagi
Kerana untuk meneruskannya terus-terusan
Sukar... titis air mata mengiringi...
Pembaca benarkan aku mengumpul semula kekuatan
Kita bertemu di edisi ketiga
Salam bahagia...
Kisah Biasa Aku (Bahagian 1)
3/18/2010 04:40:00 PTG | Author: yus_anakmelayu
Menyingkap kenangan singkat itu
Aku jadi bingung
Bagaimana boleh terjadi dan mengapa begitu
Bukan dirancang dan disengajakan
Namun telah tersurat dan tersirat
Yang telah berlaku tetap berlaku
Yang akan berlaku masih ditunggu

Aku tidak pernah mengenali
Tetapi aku sangat memahami
Bagaimana emosi seorang wanita
Menginterpretasi dirinya begitu rupa
Menceritakan alam sekelilingnya
Ikhlas dan tulus merungkai

Pengembaraanku dari nol hingga khatam
Ironinya masih belum rasa jemu
Membaca berulang-ulang kali
Semakin hari rasa itu makin terisi
Ajaib ciptaan tuhan yang satu ini
Wujud tanpa mengenali
Tercipta hanya kerana aku menghayati
Sebuah kisah gadis suci
Berkongsi pengalaman dengan hati bersih sekali

Berusaha mendekati empunya diri
Sapaan lembut aku beri
Cukup berhati-hati
Bimbang niat disalah erti
Mujur gadis ini sangat menyenangi
Kata dibalas salam bersambut
Senyum mekar dalam dada
Saat itu seakan aku paling gembira
Senyum luarbiasa menarik perhatian semua
Aku jadi kaget manusia sekeliling mudah mengenalpasti
Malu aku sendiri

Akan kusambung kisah biasa ini
Lain waktu andai aku masih mampu
Kerana kisah-kisah selepas ini
Benar-benar meruntun jiwa lelakiku
Jangan hairan jagoan sepertiku lemah mengejut
Hanya kerana dipalit warna kasih
Tunggu aku dilain waktu....
Lelaki Biasa
3/18/2010 03:23:00 PG | Author: yus_anakmelayu

Aku lelaki biasa
Terkadang menginginkan
Sesuatu yang luar biasa
Tercapaikah dek tanganku?

Aku sememangnya lelaki biasa
Mudah sekali berprasangka
Tanpa rela terus memaksa
Satu saat bosan jadi rasa


Aku lelaki biasa
Mengejar dan mengejar
Terlupa memikirkan
Yang dikejar sanggupkah dikejar

Lelaki biasa
Kau boleh membina
Kau boleh merangka
Cuma jangan sampai
Impian melebihi realiti
Bimbang kau siksa
Walau hakikatnya kau sangat
sangat perlukannya....

(lemah benar jiwa lelaki biasa.... Terima kasih rakan, Tajul, Nadia, Awang, Dayah, Toi, semua... Temani aku bila waktunya... Cikgu Rizal, sukar sekali ya mentafsir yang mana sebenar-benar rasa? Bila lelaki biasa ini seperti benar-benar rasa, Kalut datang sendiri, hidup jadi kecil, walhal dia biasa-biasa saja.... Teringat di awal dulu, selalu diungkap; "Jangan terlalu berharap"... Lelaki biasa masih berharap, akan terus berharap)
3/16/2010 07:29:00 PTG | Author: yus_anakmelayu
siapa suka ditekan? diasak?
Tiada siapa suka begitu.
Rimas dan pening...
Sesekali membiarkan itu lebih baik...

Ya Allah, Kau timpakan aku ujian ini
Aku redha
Moga-moga aku masih tergolong dalam golongan
hambaMu yang beriman

Yus, didiklah hati jadi sabar...jadi kuat
Fitrah, kebaikan kita sentiasa terlindung
dari pandangan orang lain...
Yang kelihatan cuma keburukan dan kekurangan
Kalau benar engkau berhak pasti engkau miliki....
3/16/2010 06:55:00 PTG | Author: yus_anakmelayu
tba2 rasa kosong...
Baik-Baik Sayang
3/16/2010 03:39:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Aku sangat terkesan membaca bait-bait lagu ini. Cukup menangkap jiwa. Lagu nyanyian Wali ini mungkin sahaja buat sesiapa. Bagi aku,lagu ini untuk wanita itu, berkelubung batik menyembunyikan kesedihan masa silam. Termanggu, termenung, mencari sekelumit kekuatan, untuk mencipta keputusan. Ya, moga Allah permudahkan urusan.


Aku tak ingin
Kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang
Kerna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan.. dengarkan aku

Hanya satu pintaku
Untukmu dan hidupmu
Baik-baik sayang
Ada aku untukmu
Hanya satu pintaku
Di siang dan malammu
Baik-baik sayang
Karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan... dengarkan aku

PARASIT
3/16/2010 02:47:00 PG | Author: yus_anakmelayu
PARASITKAH AKU?
Tidak Ada Apa-apa
3/16/2010 02:01:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Apa rasanya ya bila kita ingin bersuara tetapi kita tidak punya hak? Rencam hati ini... hmm....
Dunia Kini
3/15/2010 03:50:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Kejang dek rencah dunia realiti
Berpeluh kerana kerakusan masyarakatnya
Cedera dihambat kezaliman manusia
Aku di tengah ombak keterbalikkan tamadun
Bukan Bahasa Ibunda
3/15/2010 02:22:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Assalamualaikum....
Aku rasa hairan. Dalam benak fikiranku, dalam rancangan sepanjang hayatku, aku ingin mendidik manusia lebih menghargai bahasa Melayu. Namun di sini, di sekolah ini, rata-ratanya sangat sukar untuk menghargai. Hanya kerana satu sebab, bahasa Melayu bukan behasa ibunda mereka. Populasi murid yang lebih 90 peratus terdiri daripada masyarakat Cina, bagi anda mudahkah untuk mereka menerima guru muda mengajar bahasa Melayu?
Tetap
3/15/2010 02:07:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Terdetik saat ini di hati
Mencari segumpal ketetapan
Bukan kesempurnaan bukan kelebihan
Ketetapan untuk memenuhi kekosongan
Kesesuaian, kerencaman

Usai berfikir panjang
Ketetapan terhasil
Tak mungkin lagi berubah
Andai bukan dengan kuasaNya
Aku menetapkan, aku tetap, dan aku berketetapan...
Al-Fatihah
3/12/2010 03:12:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Kutitipkan ummul kitab untuk ayahandamu
Sahabatku, kamu kuat aku pasti
Semoga ayahanda berada dalam golongan orang2
yang ditempatkan di dalam Firdaus.
Amiin....

Ayahanda sahabatku baru sahaja menghembuskan nafas terakhir
hari ni, Jumaat sekitar jam 7 petang.
Guru Muda
3/08/2010 09:16:00 PTG | Author: yus_anakmelayu
Ketenangan pagi itu
Diganggu secara tiba-tiba
Gegak-gempita
Menerobos keluar suara remaja
Dari celahan tingkap sebuah bilik usang

Melangkah masuk
Lalu diam
Sesaat cuma
Riuh kembali
Adap susila sukar dicari
Menyeringai di sana sini
Bergurau senda aku tak dipeduli

Satu jeritan keluar dari mulut
Mereka terpinga-pinga
Unggas turut diam
Raksasa mengaplus guru muda

Bukan sengaja namun terpaksa
Perilaku menyentuh rasa
Aku guru baru
Kurang pengalaman walau berilmu
Persis si polis tanpa surat saman
Namun jangan lupa
Aku punya keinginan
Didik manusia jadi manusia
Mencipta lorong buat mereka
Moga tuhan permudahkan usaha...
Ibu Bapa Kejam
3/03/2010 04:29:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Ibu sifatnya penyayang
Bapa sifatnya mengasihi
Ibu sifatnya mengambil berat
Bapa sifatnya melindungi
Ibu sifatnya mendidik
Bapa sifatnya menafkahi

Kejam kalau ibu hanya membiarkan
Bilamana anak disepak bak bola
Kejam kalau bapa hilang kewarasan
Memperlakukan anak seperti sampah
Lebih kejam bila kamu ibu dan ayah
Pandai melahirkan
Tetapi tidak pandai membiarkan anak terus hidup....


Al-Fatihah untuk adik Safiyah
Aku bersalah 2
3/03/2010 01:52:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Saat aku mula menginginkan sesuatu, terasa semakin dijauhi.....
Aku Bersalah
3/02/2010 08:39:00 PG | Author: yus_anakmelayu

Adakah salah aku?
Bahangnya tempias kepadamu
Adakah salah aku?
Boleh meneka ayat-ayat itu
Adakah salah aku?
Melihat kamu tersenyum walau bukan di depanku
Adakah salah aku?
Membuat kamu terdiam begitu
Adakah salah aku?
Sehingga teragak-agak memberitahu
Adakah salah aku?
Kini menanti saat itu
Adakah salah aku?

Ya, aku bersalah!
Mewujudkan rasa itu....


(Tiada kaitan dengan mana-mana pihak berwajib :P)
Dia
3/01/2010 07:04:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Siapa dia?
Mengapa dia?
Kenalkah aku akan dia?
Pastikah aku tentang dia?

Tak termampu untuk menjawab,
Masih terkial-kial mencari kunci,
Harap dia boleh membantu,
Moga-moga... amiin.....


*Dia dengan blackynya...
Aku dengan anganku...
Tidak pernah, tetapi bukan tidak akan.....
Salam Maulid Nabi
2/25/2010 08:50:00 PTG | Author: yus_anakmelayu
Moga hidup diserikan dengan kemuliaan sunnah Nabi S.A.W.....
Aku Kini Seorang Guru
2/25/2010 08:05:00 PTG | Author: yus_anakmelayu
:(
2/20/2010 06:37:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Aku sedih.....
^_^
2/18/2010 11:48:00 PG | Author: yus_anakmelayu



Hidup ini bertingkat-tingkat......
...
2/14/2010 06:31:00 PTG | Author: yus_anakmelayu
Tidak pernah melupakannya....
Tapi mengapa terasa semakin jauh darinya...
Jarak? Waktu?
Memang dia terlalu jauh dari aku...
Maafkan kerana berasa begitu...
Diri terlalu buruk untuk kamu...
Terlalu keji untuk menjadi harapanmu...
Mengapa aku mengikat janji sedang aku tahu
Aku akan mehempas cermin itu...
Aku celaru....
Gadis sarawak.... hubungi aku...
Aku ingin dengar suaramu..
walau aku takut, bimbang...
rajukmu memakan aku...
Apatah lagi, aku diam seribu bahasa selama ini...
Maafkan aku...
Alhamdulillah
2/12/2010 04:16:00 PTG | Author: yus_anakmelayu
Guru Sandaran(GSTT) di Damansara Jaya... Alhamdulillah...
Yang Paling Susah
2/04/2010 09:50:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Yang paling susah,
Bila semua hati perlu dijaga,
Seperti menarik rambut dalam tepung,
Mencari sebutir pasir dalam secupak beras,
Semakinku jaga semakin terasa

Yang paling susah,
Bila menyimpan rahsia diri,
Bila dipendam menekan-nekan,
Bila dikhabar membuka aib,
Pasa siapa boleh percaya?
Pada siapa boleh berkongsi?
Akhir tindakan menggila sendiri

Yang paling susah,
Memikul tanggungjawab,
Andai ditolak dituduh pengecut,
Kalau mengambil bimbang terabai,
Sampai saat dosa tertimpa

Dan yang paling susah,
Bukan untuk aku sahaja,
Untuk sesiapa jua,
Bila ditanya,
Adakah anda sudah membayar hutang meninggalkan solat?
Pesona Tahajud
2/02/2010 11:39:00 PTG | Author: yus_anakmelayu
Dengan curahan air malam hari
Mencari susur galur ketenangan
Melata ke seluruh tubuh
Membalut diri dengan kain suci
Bersembunyi di sebalik kegelapan

Selesa pada keadaanku
Tenang menarik nafas
Kalimah Allah jadi jalan
Minta maghrifah minta keredhaan
Syukur itu jawaban

Perjalanan panjang lewat malam itu
Hadir niat menyusul qiam
Rukuk, iktidal, sujud,iftirasy semua kulalui
Berakhir gerak dengan tasyahud
Taslim dan muhasabah tak pernah ditinggal

Dialog manusia dengan tuhan
Tiada perantara tidak tertekan
Terhapus dosa jadi harapan
Amalan dunia bekalan akhirat
Moga Tahajud jadi jalan
Amiin.....
Coretan Tanpa Idea
1/24/2010 04:09:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Assalamualaikum....
Mengapa terasa seolah-olah kosong fikiranku? Tidak tahu apa harus aku luahkan dalam entri kali ini. Menulis sekadar ingin meregang-regangkan jari-jemari kasar. Dua minggu terakhir ini, banyak juga sebenarya perkara yang berlaku. Kejohanan Silat terbuka dan IPTA Taming Sari II anjuran UKM baru sahaja melabuhkan tirai. Sudah tertulis, pingat perak milik aku, alhamdulillah. Semoga kejohanan di UPSI akan lebih baik! amiin...
Dalam beberapa hari ini ada satu persoalan bermain dalam fikiran. Mudah sahaja; adakah orang yang "sepertiku" ini layak didampingi seorang yang bergelar ustazah atau yang sejenis dengannya? Maksudku, wanita yang baik-baik. Menyedari hakikat diri sangat lagho, memang sukar membayangkan bagaimana wanita dari golongan ini boleh mendampingiku @ ingin mengenaliku.
Apapun, soal jodoh, soal rezeki(aku masih mencari pekerjaan), aku serahkan pada tuhan(ya, aku juga berusaha).
Assalamualaikum....
Jalan Baru
1/22/2010 11:48:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Terima kasih kerana membuka jalan.... semoga lebih luas di masa akan datang... :)
Melayu Kuat atas Dasar Apa?
1/01/2010 04:57:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Assalamualaikum. Saya terpanggil untuk menulis entri ini atas dua sebab; kejayaan Teater Natrah dan kedua ialah keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan perkataan Allah digunakan dalam akhbar mingguan penganut Kristian katholik.
Saya tidak berpeluang melihat persembahan teater Natrah namun melalui pembacaan, terlalu banyak kritikan yang menyatakan bahawa si pengarah gagal menterjemah Natrah selaku ikon kebangkitan agama Islam sebaliknya agama Islam dilihat seolah-olah tewas ditangan kristian. Dalam teater tersebut Natrah digambarkan akhirnya telah memeluk Kristian walhal secara realiti Natrah merupakan seorang etheis.
Kedudukan Islam juga menjadi mainan agama lain apabila penggunaan perkataan Allah dibenarkan dalam majalah mingguan Harold Catholic Weekly. Permohonan yang dikemukakan oleh ketua paderi, Tan Sri Murphy Pakiam secara peribadi dianggap menghina kedudukan Islam di Malaysia. Tidak dapat dinafikan Perkataan Allah sebenarnya bukan hak eksklusif untuk umat Islam jika kita merujuk kepada konteks negara Asia Barat. Namun, dalam konteks negara Malaysia sangat dikhuatiri perkara ini boleh menimbulkan salah faham di kalangan umat Islam.
Kedua-dua kes memperlihatkan agama Islam diperlekehkan walaupun dalam konteks yang berbeza. Kes Natrah memperlihatkan agama Islam seolah-olah agama yang lemah walhal ketika isu itu kebangkitan Islam Malaya sangat dahsyat sehingga dikatakan rusuhan yang berlaku adalah yang terbesar bertitik tolak dari sentimen keagamaan. Penggunaan perkataan Allah oleh masyarakat bukan Islam dilihat lebih berani sehingga membawa kepada perdebatan di mahkamah. Lebih buruk, Islam kelihatan seolah-olah tewas apabila Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada majalah Katholik tersebut menggunakan perkataan Allah.
Persoalannya, sukarkah untuk masyarakat Melayu bersatu apabila agama Islam dipermainkan? Saya masih boleh menerima jika isu ini melibatkan perkara yang kecil seperti perebutan kedudukan seperti di Pulau Pinang, tetapi ini melibatkan isu agama yang suci. Seharusnya Islam merupakan faktor utama kekuatan Melayu. Saya sangat sedih apabila orang Melayu di Malaysia terpecah kepada beberapa bahagian atas dasar fahaman politik. Penting sangatkah pendirian anda itu sehingga melebihi kepentingan Islam? Sedar diri bukan alim mahupun berilmu, tetapi tanyalah pada sesiapa jua tiada orang yang tidak sayangkan agama dan bangsanya. Jadi, Melayu sebenarnya kuat atas dasar apa?