http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/STIDKLut6QI/AAAAAAAAAsI/cBo6xn7s-
Abah
4/30/2009 11:28:00 PTG | Author: yus_anakmelayu
Merenung luar jendela
Memerhati sepasang kasut buruk
Hitam pekat, berhabuk
Palitan lumpur pada kasut
Tanda memori panjang
Tak mungkin aku lupa
Si pemakainya
Manusia berhati mulia berjiwa besar
Dengan kasut buruk
Keluar menggalas harapan
Bawa pulang Kantung rezeki
Terima Kasih abah...
Al-Fatihah

yus_anakmelayu(1 may 2009)
Sajak untuk seorang "kakak"
Forum Perdana "Siapa Melayu?"
4/29/2009 09:05:00 PTG | Author: yus_anakmelayu
Assalamualaikum, di bawah ini dilampirkan beberapa keping gambar Forum Perdana Pengajian Melayu bersempena Festival APM 09'. Forum yang bertajuk "Siapa Melayu" ini berlangsung di Dewan Semarak, Akademi Pengajian Melayu.







Barisan Panel bersama jawatankuasa Festival APM(Forum Perdana Pengajian Melayu)







Selepas forum






Bersama Ahmad Fedtri Yahya





Ahmad Fedtri bergambar bersama peminat







Pengarah yang sibuk







Haluan berbeza




Penyampaian cenderamata untuk ahli panel dan moderator oleh pengarah APM, Prof. Madya Dato Zainal Abidin Borhan




Saudara Ridzuan Mohamad(Presiden MPMUM), Dato' Hassan Ahmad(Presiden GMP), Prof Zainal Kling(Pemegang Kursi Tun Ghafar Baba UPSI, dan Saudara Ahmad Fedtri Yahya(Pengacara TV3)
Kerana Aku Seorang Mahasiswa
4/29/2009 06:07:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Kerana aku seorang mahasiswa
Akanku ragut buah ketakutan
Dalam tangkai hati
Agar aku bisa jadi berani
Umpama saif yang sentiasa mara

Kerana aku seorang mahasiswa
Inginku rantai setan kemalasan
Yang merasuk benak akal
Agar aku bisa jadi sajid yang setia
Bersunyi-sunyi hanya untukNya

Kerana aku seorang mahasiswa
Pasti akanku lemaskan rasa ego
Yang berenang pada kerendahan hati
Agar aku bisa jadi pemimpin
Menelusur jiwa marhaen

Kerana aku seorang mahasiswa
Biarlah aku tentukan sendiri
Lima tahun lagi siapa aku ini
Seorang petani atau penguasa
Seorang guru atau tentera
Yang pasti aku mahasiswa punya rasa
Untuk jadi orang berguna
"Ma"
4/28/2009 12:10:00 PTG | Author: yus_anakmelayu
Assalamualaikum... Entah mengapa apabila membaca sajak "Milah Anak Maksum" karya Prof. Rahman Shaari, hati aku menangis. Bagi aku, mana-mana yang bernama manusia pasti akan tersentuh bila bicara soal ibu. "Ma", izam mintak ampun dan maaf kalau apa yang izam lakukan selama izam hidup telah memalit aib pada "Ma" dan "Pa". Izam mintak ampun kalau izam tak mampu jadi anak yang terbaik sebagaimana yang "Ma" impikan. Izam mintak ampun kalau izam tak dapat tatap wajah "Ma" setiap hari. Tapi "Ma", percayalah... izam tak pernah lupa walau sekalipun untuk mendoakan kesejahteraan "Ma" dan "Pa" setiap kali izam sujud padaNya. Percayalah, Izam tak pernah sekalipun lupa untuk mencium gambar "Ma" sebelum tidur dan sebelum ke mana-mana. Percayalah, izam dah cuba untuk jadi anak yang terbaik, yang sntiasa ingat pesan "Ma". Izam dah bertekad dalam hati, izam nak bela, nak jaga "Ma" dan "Pa" bila izam dah kerja nanti. Izam nak cium "Ma" dan "Pa" hari-hari setiap kali izam pergi dan pulang dari kerja. Izam nak lakukan segala-galanya untuk "Ma". "Ma", izam sayang akan "Ma". Terima kasih "Ma" dan... Selamat Hari Ibu untuk "Ma"ku, Fatimah Binti Osman.
Abuh Hati
4/28/2009 09:24:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Abuh hati mengingat peristiwa semalam
Saat bangsa dipijak kaki petualang
Pemimpin pengabur wang marhaen
Pemimpin abar kemajuan murbawan
Pemimpin virus alamiat jelata

Abuh hati mengingat peristiwa semalam
Saat Islam jadi dagangan
Agamawan berbaju kemewahan
Agamawan berkasut kesenangan
Agamawan bercelana pembohongan

Abuh hati mengingat peristiwa semalam
Saat bahasa dinafi hak dan nilai
Pejuang bahasa dipenggal suaranya
Pejuang bahasa ditetak kuasanya
Pejuang bahasa disekat langkahnya

Abuh hati mengingat peristiwa semalam
Tidak seperti hari-hari sebelumnya
Tidak lagi seperti zaman bahari
Ketika Melayu bergelar mahawangsa
Alangkah indahnya jika aku jadi sejarah
Hidup di zaman purbakala
Biar tidak berteman komputer
Asal bangsa diangkat mulia

yus_anakmelayu (29 April 2009 - 12:17 - Dayasari)
Esok
4/28/2009 06:24:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Assalamualaikum...

Esok bakal berlangsung pepriksaan bagi matapelajaran Pemerolehan Bahasa Melayu(Psikolinguistik). Agak berat apabila terpaksa menghabiskan 14 bab dalam satu hari! Aku sesungguhnya tidak bersedia dengan peperiksaan kali ini. Tidak ada orang lain yang boleh aku salahkan melainkan diri aku sendiri. Terlalu asyik dengan perkara-perkara yang bersifat "sampingan". Bila aku suarakan perkara ini kepada sahabat aku, jawabannya mudah; "biasalah, hidup mahasiswa memang macam ini".

Aku masih lagi tercari-cari semangat untuk belajar malam ini. Ya Allah, sedarkanlah hambaMu ini daripada lamunan mimpi yang memabukkan. Sedarkan aku untuk mengingati kembali bahawa aku punya keluarga yang harus aku bela selepas keluar dari institut pengajian tinggi ini. Sedarkan aku bahawa ilmu yang aku tuntut ini ikhlas keranaMu ya Allah.

Sahabat semua, doakan kecemerlangan aku dalam hidup ini dan juga di akhirat kelak. Buat si pengembara, masih banyak yang perlu anda lalui sebelum dapat selesa bersandar di pohon ara yang rimbun.

Assalamualaikum...
Matlamat
4/26/2009 10:26:00 PG | Author: yus_anakmelayu

Assalamualaikum...
hmm... keluhan panjang... itu sahaja yang termampu aku muntahkan apabila mengingatkan hari untuk latihan pentauliahan PALAPES bakal tiba. 2hb Mei merupakan hari terakhir peperiksaan dan secara rasminya aku telah menghabiskan 6 semester di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Kawan sebilik aku selalu sahaja menyatakan dia tak peroleh apa-apa pun sepanjang tiga tahun di UM. Benarkah? Bagi aku, tiga tahun cukup untuk mengajar erti sebuah kehidupan. Tiga tahun cukup untuk aku menetapkan apa hala tuju aku selepas ini. Rakan-rakan asyik dengan soalan yang sama; "lepas ni kau nak buat apa yus? nak bekerja atau menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi?". Aku tak punya jawaban yang pasti untuk itu. Tetapi aku yakin dengan satu matlamat aku. Walau apa jua pilihan aku selepas ini, aku tidak mungkin akan lari daripada terus mempertahankan apa yang aku yakini selama ini. Aku sangat-sangat berpegang pada budaya "segar" Melayu yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Mempertahankan warisan nenek moyang secara menyeluruh; agama, adab dan adat, bahasa, budaya, sastera, dan segala macam lagi. Buat rakan-rakan yang seusia dengan aku, janganlah sekali-kali memperlekehkan niat aku ini, kerana sekurang-kurangnya aku masih lagi waras untuk memilih cara hidup aku. Hidup sederhana dengan budaya ibunda, aku memang tidak memerlukan budaya kuning bawaan barat yang disalurkan melalui bermacam medium termasuk bahasa mereka. Buat pejuang-pejuang bahasa Melayu, teruslah berjuang. Anak muda ini sentiasa berada disisi.
Sekian dahulu, salam permisi...
Assalamualaikum...
Bimbang
4/24/2009 11:23:00 PG | Author: yus_anakmelayu
kalaulah dia tahu aku sangat bimbang akan dia...
Cemburu
4/24/2009 04:30:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Cemburu? Siapa pernah mengalaminya? Terlalu luas untuk dimengerti. Tapi, aku yakin dan pasti aku punya rasa itu. Perlukah perasaan cemburu ada dalam diri? Entahlah...
Gelisah
4/22/2009 10:57:00 PTG | Author: yus_anakmelayu
Redup pandangan mata guru
Perhati kanan kiri
Bimbang akan tingkahku
Seperti pacat dilumur garam

Masakan tidak
Seminit bagaikan setahun
Menanti gelisah
Bilakah berakhir seksaan
Peperiksaan...
Kau meruntun batinku

yus_anakmelayu (23 April 2009-Semarak-10.29am)
Anak Kecil Itu
4/21/2009 06:26:00 PTG | Author: yus_anakmelayu
Anak kecil itu
Tidak mampu memilih
Untuk bermain dan menyanyi
Berbasikal di laman rumah
Atau memancing bersama ayah

Anak kecil itu
Ditangannya seketul batu
Dihadapannya jentera berpeluru
Melawan atau mengalah
Hasilnya cuma satu
Gugur tersungkur terkulai layu

Anak kecil itu
Tidak punya waktu
Untuk kenal apa itu ilmu
Apa mereka tahu?
Melangsungkan nyawa yang satu!
Blog dan Aku
4/21/2009 01:22:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Assalamualaikum
Sekali lagi "diperangkap" oleh kak tipah untuk menjawab beberapa soalan, he..he..

1) Nyatakan Usia Blog

Kali pertama aku menulis entri untuk blog aku ialah pada 4 November 2008, seawal 7 pagi. Ini bermakna blog aku ni sebenarnya baru berusia 5 BULAN 15 Hari. Aku menulis menggunakan PC aku di Kolej Kediaman Dayasari(5), Universiti Malaya.

2) Terangkan mengapa anda menghasilkan dan menggunakan blog

Kaedah yang aku rasakan paling baik untuk meluahkan apa jua yang terpendam dalam hati aku. Juga tempat untuk berkarya walaupun tak seberapa, he...he... Blog adalah tempat yang aku rasa akulah insan yang paling berani, berani untuk kata apa saje yang aku nak. Blog jugak tempat untuk aku kenal orang-orang macam kak Tipah yang anggun, he..he.. mengenali tokoh-tokoh sastera macam Faisal Tehrani, Shamsudin Othman, ayahanda Baha Zain, ayahanda Abdullah hassan dan lain-lain. Tak terkecuali jugak blog jadi satu saluran penting buat anak-anak muda macam aku memberi pendapat tentang isu-isu terkini.

3) Blog Pertama yang dilayari

Blog "Cetusan Idea" oleh saaudara Ali Asyraf. Beliau merupakan Ketua team perbahasan Universiti Malaya. Sangat pandai bercakap dan pengetahuan am dia pun tinggi. Die ni aku kenal mase aku mula2 masuk UM lagi. Die jadi Pembantu Mahasiswa, yang bawak budak-budak junior macam aku ni ke mana-mana program yang dah disusun.Sangat peramah dan selalu tersenyum. Terima kasih Ali, jadi sahabat aku dan buka ruang untuk aku mengenali apa itu blog. =)

4) Entri Pertama dalam Blog

"Di atas Runtuhan Kota Melaka" - Khalil Gibran

Di atas runtuhan Melaka lama
Penyair termenung seorang diri
Ingat Melayu kala jayanya
Pusat kebesaran nenek bahari

Di atas munggu yang ketinggian
Penyair duduk termenung seorang
Jauh pandangku ke pantai sana
Ombak memecah di atas karang

Awan berarak mentilau bernyanyi
Murai berkicau bayu merayu
Kenang melayang ke alam sunyi
Teringat zaman yang lama lalu

Sunyi dan sepi, hening dan lingau
Melambai sukma melenyai tulang
Arwah Hang Tuah rasa menghimbau
Menyeru umat tunduk ke Tuhan

Di sini dahulu alat kebesaran
Adat resam teguh berdiri
Duduk semayam Yang Dipertuan
Melimpahkan hukum segenap negeri

Di sini dahulu Laksamana Hang Tuah
Satria moyang Melayu jati
Jaya perkasa, gagah dan mewah
‘Tidak Melayu hilang di bumi’

Di sini dahulu paying terkembang
Megah Bendahara Seri Maharaja
Bendahara yang cerdik tumpuan dagang
Lubuk budi laut bicara

Penyair menghadap ke laut lepas
Selat Melaka tenang terbentang
Awan berarak riak menghempas
Mentari turun rembanglah petang

Wahai tuan Selat Melaka
Mengapa tuan berdiam diri?
Tidakkah tahu untung hamba
Hamba musafir datang ke mari

Di mana Daulat Yang Dipertuan
Mana Hang Tuah, mana Hang Jebat
Mana Bendahara johan pahlawan
Bukankah jelas di dalam babad
*sajak ini sebenarnya panjang lagi, aku dah potong. Tak muat plak nanti, he..he..


5) Huraikan Entri Tersebut

Sajak karya Khalil Gibran ini sangat berbekas dalam hati dek kerana beliau menggambarkan sifat dan sikap orang Melayu, keupayaan dan kemegahan orang Melayu, juga keruntuhan orang Melayu. Pada permulaan aku menulis blog ini, aku sangat berharap blog aku menjadi antara ribuan blog anak muda Melayu yang mampu sedikit sebanyak memberi manfaat kepada perkembangan pemikiran Melayu atau setidak-tidaknya mengukuhkan jalinan ukhuwah sesama Melayu. =)

6) Gambar yang paling digemari dalam blog ini



Mase ni aku ade kat puncak Tembok Besar China. sangat bangga bila dapat mengibarkan bendera Malaysia di bumi China. Sesungguhnya aku insan yang bertuah, alhamdulillah.

7) Harapan Aku

Menjadi manusia yang disenangi semua pihak, amin. Aku nak menjadi anak yang baik, yang menghargai jerih payah ibu dan ayah membesarkan. Juga murid yang sentiasa mengingati jasa guru. Selain itu, semoga semangat perjuangan aku mengekalkan "Melayu" akan terus segar dan istiqamah.

8) Kembalikan soalan ini kepada sahabat

Aku kembalikan soalan ini kepada :
a) Ara
b) Lailafillah
c) Diana
d) Maisarah
e) Ali Asyraf
f) Adik Zt, Ain, dan Kinah

Assalamualaikum...
Mengapa Pohon Ara
4/21/2009 12:46:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Mengapa pohon Ara? Entah? aku tak mampu menjawabnya. Terasa sangat dihargai, dipercayai, bertolak ansur, dan mampu meneduhi. Aku tak bisa memilih yang lain lagi. Pohon ara mungkin tak sehebat bunga mawar, namun pohon ara tak pernah mengeluarkan duri. Aku kini bergantung pada masa depan, bukan lagi hanya dibuai mimpi sejarah yang tak mungkin berulang. Masa hadapan, masa hadapan, masa hadapan...pohon ara masa hadapan pengembara
Antara Baru dan Lama
4/20/2009 12:07:00 PTG | Author: yus_anakmelayu
Assalamualaikum
Teringat puisi ayahanda Baha Zain tentang kunang-kunang dan lampu suluh. Bagaimana beliau cuba membandingkan dua benda yang berada dalam kelas berbeza, akhirnya telihat yang mana lebih "istimewa". Aku cuba menggunakan idea tersebut dalam sajak "Antara Kalimantang dan Bintang" tetapi tidaklah sebaik sajak ayahanda Baha Zain.
Satu persoalan yang agak berat apabila dalam hidup ini kita diberi dua pilihan yang berbeza. Namun, kita hanya berhak memilih satu. Sukar dan rumit. Jika mengikut kedua-dua sajak diatas, cuba membayangkan seolah-olah jika ada yang baru jangan sekali-kali yang lama dibuang dan disisih. Dimana-mana sekalipun perspektif masyarakat mengatakan yang lama selalunya yang diabai dan berada di sebelah pihak yang "baik", manakala yang baru sentiasa diberi perhatian lalu dianggap sebagai watak yang "antagonis". Benarkah begitu? Benarkah yang baru tidak sekali-kali dapat mengganti yang lama? Entah, aku tinggalkan soalan ini untuk anda semua.
Assalamualaikum
4/19/2009 11:38:00 PG | Author: yus_anakmelayu

Assalamualaikum
Aku mulakan dengan kalimat suci agar setiap yang aku katakan tidak menjadi satu yang dianggap buruk. Seorang manusia tidak pernah lari daripada melakukan dosa dan kesilapan. Sangat pasti dan sudah tersurat, perbuatan yang buruk akan dibalas dengan dosa dan perbuatan baik, insyaAllah pahala. Aku juga manusia biasa, pernah bahkan terlalu kerap dengan dosa-dosa. Bohong kalau aku katakan aku ini maksum orangnya. Namun, setiap kesilapan dan perkara yang kita lakukan,yang selayaknya menilai hanyalah Allah S.W.T. Bukan daya kita untuk mengkelaskan seseorang manusia itu sebagai baik atau jahat. Perlu diingat, seorang pelacur sekalipun kerana belasnya pada haiwan, dia ditempatkan dalam syurga. Begitu juga seorang alim yang siang malam hanya tahu beribadat, tetapi kerana menganiaya seekor haiwan beliau ditempatkan ke neraka. Setiap yang telah tersurat pasti ada hikmah disebaliknya, walaupun perkara itu bukan kehendak kita bahkan tidak terlintas sekalipun dalam benak pemikiran kita. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Mungkin sesuatu musibah yang berlaku terhadap kita itu menghalangkan kita berlarutan melakukan dosa. Saiapa tahu? Wallahualam Biswahab. Tidak pernah terlintas dalam hatiku ini untuk membuat sengketa dengan orang-orang yang berada di sekelilingku apatah lagi untuk memalit aib pada mereka kerana aku tahu dah tersurat dalam Kitabullah Manusia dicipta lelaki dan perempuan, barbangsa-bangsa, besuku-suku supaya dapat saling mengenal(Al-Hujurat-13). Cuma, kadang-kadang perbuatan kita disalah tafsir dan dianggap sebagai perbuatan hina untuk menjatuhkan air muka. Sahabat semua, maaf andai aku tersilap kata dan tersilap laku. Ketahuilah bahawa semua itu tidak pernah disengajakan. Kita sekarang berada dalam mood peperiksaan. Aku mendoakan kalian semua beroleh kejayaan yang membanggakan. Sangat beruntung anak-anak yang mengetahui bahawa ayah bonda sentiasa mengharapkan kecemerlangan kita, bakal membantu bila sudah bekerjaya. Satu-satunya matlamat aku yang terdekat ialah membaiki taraf hidup keluarga. Aku agak sedar orang yang berada dalam kepompong kemiskinan selalu dianggap hina. Dengan ilmu yang guru-guru curahkan, aku pasti dan yakin rezeki itu sentiasa ada. Teringat satu ceramah oleh Ustaz Azhar(penceramah dari Terengganu yang sangat terkenal), seorang Sami Siam mampu hidup selesa, makan dan minum cukup walhal sami itu tidak pernah sujud pada Allah SWT. Masakan kita yang mentauhidkan Allah SWT dan percaya rezeki itu datang daripada Allah boleh hilang pertimbangan mengatakan rezeki kita tiada? Terima kasih cikgu semua, didik saya jadi menusia. Setidak-tidaknya saya masih punya benteng untuk hidup dalam kota yang penuh dengan cabaran ini. Saya sentiasa mendoakan kesejahteraan cikgu-cikgu semua. Akhir kalam, aku mendoakan sahabat-sahabat aku sentiasa memaafkan perbuatan aku. Sesungguhnya kitalah hamba-yang sebaik-baik hamba jika kita mampu menerima qada' dan qadar Allah. Maafkan segala-galanya.
Assalamualaikum...
Melayu Tipu Melayu
4/19/2009 12:29:00 PG | Author: yus_anakmelayu
"Orang Cina hanya menipu Melayu ketika menimbang padi untuk diangkat naik ke atas lori. Orang India menipu orang Melayu ketika membilang botol yang dimasukkan ke dalam guni. Tapi orang Melayu menipu Melayu ialah penyelewengan projek, kemudahan asas yang dibantu oleh keranaan. Orang Melayu menipu secara berangkai. Dari kepala kontartor hinggalah kepada sub-subnya dan sehingga kepada pencatat. Orang Melayu menipu Melayu, sampai sanggup mengubah peta pilihanraya. Orang Melayu menipu Melayu sampai sanggup menyediakan perangkap jerejak besi. Orang Melayu penipu Melayu sanggup memadan catatan dan akta."

Memetik kata-kata ayahanda Azizi Abdullah
Takut
4/18/2009 05:31:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Mengambara aku ke alam mimpi
Cuba mencari sekepal bahagia
Tak mungkinku genggam di dunia nyata
Yang penuh dengan kekusutan

Berikan aku cermin ajaib
Menerobos ke alam itu
Mencari siapa diriku
Kerna di dunia nyata
Semuanya palsu

Kuncilah aku dalam almari mimpi
Aku tak ingin kembali
Kerana aku pasti
Aku hamba dunia realiti
yus_anakemelayu (Dayasari)
Sakura Bunga Hati
4/18/2009 05:31:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Mengapa kau bunga sakura
Tidak pernah dan tak akan tumbuh di sini
Di bumi Melayu ini
Tanah Melayu dan tanah Jepun tak ada beza
Tapi kau lebih rela menginap di sana

Aku di tanah Melayu
Mengimpikan taman-taman sakura
Dongeng yang takkan terjadi
Tapi tetap diingini
Kerana aku terlalu mempercayai
Tiada bunga secantik sakura

Akhirnya tinggallah aku sendiri
Terperosok di kamar sunyi
Hanya yang ada ketika ini
Menatap wajah sakura dalam bingkai hati
yus_anakmelayu (2008 – Beijing)
Tembok Besar China
4/18/2009 05:25:00 PG | Author: yus_anakmelayu



Saat kaki melangkah ke tembok besar itu
Aku adalah pelajar biasa
Hadir ke China
Untuk ilmu semata

Titis peluh mula membasahi baju
Aku kini di puncak menara tembok
Ah! Terkejut, terkesima
Begitu luas alam ini

Sedar begitu sempit tujuanku
China mengajar segalanya
Menghormati langit, dan bumi
Mengangkat keyakinan pada pencipta

Benar kata tembok itu
Hanya yang menguasai aku
Layak bergelar pahlawan
Kerana sedar ciptaan tuhan
yus_anakmelayu (Beijing - 2008)
Realiti
4/18/2009 05:23:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Tidurlah pemuda
Di dalam tren panjang ini
Sementara masih sempat
Sementara belum sampai

Sebaik mata kau buka
Jangan kau harap untuk selesa
Kerana di luar tren ini
Yang ada hanya kerja
Kasut lusuhmu itu tanda
Hidup ini maksudnya pancaroba
yus_anakmelayu (2009 -stesen KTM UKM)
Bukan Pengembara Lagi
4/17/2009 09:16:00 PTG | Author: yus_anakmelayu
Sepi seorang pengembara
Berkelana mencari sesuatu
Terlalu sukar untuk berjumpa
Terlalu payah untuk bertemu
Berjalan pengembara lagi seorang diri

Satu saat di satu kali
Tika terik mentari membasah tubuh
Kelihatan samar sepohon ara
Lebat, rendang, mampu meneduh
Terlihat senyum si pengembara
Aku kini mampu berhenti seketika

Asyik dalam belaian pohon ara
Memberi kasih dan selesa
Sehingga satu saat bertanya pengembara pada diri
Mungkin ini yang aku cari
Tenang, selesa, mampu melindungi

Aku bukan pegembara lagi
Cukup sekadar pohon ara menemani
Dengan sebatang kali di tepi
Membina rumah bahagia dan abadi
Lailafillah Sahabat
4/17/2009 10:52:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Aku kata aku sesat
Lailafillah kata aku hebat
Aku kata aku hilang semangat
Lailafillah kata aku berbakat
Sesungguhnya lailafillah sahabat

Saat tembok keyakinanku mula runtuh
Dia tampal dengan simen iman
Saat tali jiwaku hampir putus
Sahabat ini pintal dengan tali Islam
Sesungguhnya Lailafillah sahabat

Terima kasih sahabat
Sudi mengangkat ukhuwah ini
Setinggi pekertimu
Sesungguhnya Lailafillah sahabat

yus_anakmelayu (18 April 2009 - Dayasari)
Terima kasih sahabat...
Tak Sedar Diri
4/16/2009 11:52:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Kau Melayu
Tapi kau ke situ
Mengikut syaitan dan sekutu
Meneguk cecair pengotor kalbu

Aku tahu kau malu bergelar Melayu
Terpaksa menutup ini dan itu
Menjaga adab dan perilaku
Perlu ada segan dan silu

Malam itu di Midvalley
Aku lihat kau senang hati
Masakan tidak diapit kanan dan kiri
Gadis seksi putih dan tinggi
Ah, geli aku melihat dirimu!

yus_anakmelayu (16 April 2009 - Midvalley)
Cikgu, Selamat Bersara
4/15/2009 01:19:00 PTG | Author: yus_anakmelayu
Petang itu sayu
Sunyi di bilik guru
Mengapa? Apa berlaku?
Hah! Cikgu mahu pergi?

Teringat tahun yang sudah
Cikgu tersenyum padaku
Ah! Menawan seorang ibu
Tenang, damai, sejuk
Aku rindu saat itu

Cikgu
Dulu cikgu hak kami
Wajib didik jadi manusia
Kini bukan lagi
Kami mengerti
Cikgu punya hidup sendiri
Keluarga, anak, dan suami

Cikgu tinggalkan nama
Cikgu tinggalkan jasa
Cikgu tinggalkan "manusia"
Cikgu, selamat bersara

Khas buat Cikgu Zainab
Bersara pada 18 Mei 2009
yus_anakmelayu (16 April 2009)
Sejarah dan Masa Hadapan
4/15/2009 04:59:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Sejarah adalah pasir-pasir pantai
Begitu banyak untuk dikutip dan sisimpan
Akhirnya dibiar bersebaran
Terkumpul, bertambah, menimbun
Akhirnya membentuk tanjung

Namun hakikat tetap hakikat
Sejarah tak mampu atasi masa hadapan
Pantai tak akan mampu mengatasi air laut
Sedikit demi sedikit akan digigit
Hilang dalam kekuasaan ombak

Antara sejarah dan masa hadapan
Terlalu sedikit pebezaan
Pantai dan laut takkan jauh
Hanya terpisah dengan ombak degil
Akulah ombak degil itu
Kepercayaan
4/15/2009 02:41:00 PG | Author: yus_anakmelayu

Ketika aku mula ingin membina bahagia
Mengapa kau begitu mudah hilang percaya
Ketika aku sudah memasang angan-angan
Kau rasa dirimu orang ketiga
Ketika hadir sayang padamu
Tiba-tiba kau benci padaku

Kau melihat situasi dengan rasa hati
Tanpa memikir dengan benak akal
Sebutir peroalan tidak pernah kau lemparkan
Apatah lagi untuk mencari kebenaran

Kau merasakan dirimu mangsa
Maka aku kau kata pendusta
Hakikatnya kau tak pernah dikecewa
Hanya merasa diri dikecewa

Aku biarkanmu bermain dengan perasaan
Kerana aku tahu kau masih keliru
Aku tinggalkanmu dengan persoalan
Siapa diriku bagi dirimu?
Kalau benar cinta itu untukku
Takkan kurelakan kau meninggalkanku
Suara Bahasa
4/14/2009 10:01:00 PTG | Author: yus_anakmelayu
Keroyok semua ke satu matlamat
Apa yang ada?
Menarik ribuan manusia
Jalan-jalan jadi sesak
Aku ditengah-tengah mereka!

Satu jam sebelumnya
Sogo seperti biasa
Punya pelanggan dan peniaga
Juga penghuni kaki lima

kemudian tiba gergasi biru
Berperisai menggerunkan
Membuncah hatiku
Bimbang jadi sasaran
Orang sebelah ikut gundah

Entah dari mana
Laungan takbir bergema
Allahuakhbar! Allahuakhbar!
Pelik tapi benar
Pelanggan Sogo jadi pejuang
Sama sama bergerak
Sama-sama sepakat
Ke satu matlamat
Masjid Negara kita berjumpa!

Pada mula aku hanya semut
Kini aku raksasa
Berani mengaplus ketakutan
Pengecut menjadi pahlawan!

Semua gara-gara bahasa
Penentu hidup mahawangsa
Tua, muda, miskin, kaya
Satu suara,seirama, senada
Parasit budaya perlu diseka

Aku? Aku bangga
Aku juga pencipta sejarah bangsa!

yus_anakmelayu (15 April 2009)
Mengimbau kenangan manis 7 Mac 2009
disembur pemedih mata =)
Coretan Sepanjang di Universiti Malaya
4/14/2009 04:14:00 PTG | Author: yus_anakmelayu
Aku takkan bisa melupakanmu,
Kerna kau tempat aku bermula....




Pertukaran Pelajar ke Beijing(BFSU)



Silat sempena Pameran Seni 2



Eksplorasi Ke Gunung Stong



Tentera@PALAPES?



Jejaka Tampan? ha..ha..



Bersama Sesepuh Bapak Hj Rosihan Anwar



Kumpulan Subjek Hubungan Etnik



Makan Malam Kolej Kediaman Dayasari 2008



Jadi model, ha..ha..



Bangsawan Li Po



Pameran Tembikar Melayu Muzium seni Asia



Sewang
Dari GAPENA ke Brickfields
4/14/2009 03:37:00 PTG | Author: yus_anakmelayu

Panas, sepanas PPSMI



Penghulu



"Kita ada undang-undang"



Kemenangan?



Laporan



Pejuang Tegar



Aku akan menggantikan mereka!
Rama-Rama Putih
4/14/2009 02:12:00 PTG | Author: yus_anakmelayu
Rama-rama putih
Sinis perilakumu
Bergerak seakan tidak
Terbang seakan melompat
Sukar mentafsir keinginanmu
Ingin bebas keluar
Atau terkurung di situ

Rama-rama putih
Engkau harus pilih
Bebas atau tersepit
Selagi engkau begitu
Engkaulah rama-rama putih yang keliru
yus_anakmelayu (15 April 2009 – Dayasari)
Perjalanan Maut
4/14/2009 08:35:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Ting! Tong!
Kedengaran satu suara
Tren akan tiba sebentar lagi
Peluh dingin mula keluar

Suara bergema lagi
Sudahkah anda sedia?
Cukupkah bekalan yang ada?
Lutut mula goyah
Baju mula basah
Fikiran gundah
Mengingat dosa yang tak sudah

Aku bukan di tepi
Aku di tengah-tengah!
Menanti saat dan waktu
Tren melanggar dan memusnah

Oh Tuhan!
Ampunilah aku
Aku taubat kepadaMu
Sayang seribu kali sayang
Tren tak pernah melewati waktu

yus_anakmelayu (14 April 2009-9.28pm-Stesen KTM UKM)
Haluan Berbeza
4/14/2009 08:27:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Sunyi sepi di stesen keretapi
Kau di sana, aku di sini
Haluan kita berbeza

Kau mengimpikan ciuman ibu
Mendamba pelukan ayah
Dan suara riuh adik-adikmu
Aku menanti kesibukan kerja
Disambut debu-debu kota
Dan hiruk-pikuk manusia

Namun tujuan kita sama
Menunggu tren dengan setia
membawa kita ke mana-mana
Kau ke Seremban aku ke KL Sentral

yus_anakmelayu (14 April 2009-Stesen KTM UKM)
Kesedaran
4/12/2009 10:24:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Sendiri di anjung itu
Termenung, termangu, terpaku
Mencari sekelumit kekuatan
Dalam pasir-pasir kekalutan
Akulah hamba yang lemah

Waktu itu azan bergema
Berterbangan memanggil-manggil
Menyentuh lembut pipi hitamku
Mungkinkah itu jawabannya?
Mungkinkah itu yang aku pinta?

Kekuatan tak mungkin hadir
Jika hanya bersandar pada diri
Sesekali dongaklah ke atas
Di sebalik gugusan awan lembut
Ada satu kuasa
Tak mampu kau lawan
Tak mampu kau tawan
Melainkan hanya meminta ehsan
Itulah jawaban

yus_anakmelayu(13 april 2009)
Bila Kerusi Mula Bersuara
4/11/2009 01:21:00 PTG | Author: yus_anakmelayu
Andai kerusi mampu bersuara
Pasti laungan bergema
Jangan kaucuba berada di atasku!
Andai bangsa kau rogol
Bahasa kau lacurkan
Agama kau lelong

Andai kerusi mampu bersuara
Laungan bergema lagi
Jangan kau menghampiriku!
Tanganmu bersalut rasuah
Matamu mengalir maksiat
Telingamu bertindik fitnah

Andai Kerusi mampu bersuara
Jeritan kian memuncak
Kau bukan untukku!
Amanah kau ragut
Keadilan kau cabut
Keamanan kau pagut

Andai kerusi mampu bersuara
Hilai tangis pasti bersama
Mengapa kau masih berdegil?
Inginkan aku sedang kau kotor
Perlukan aku sedang kau khianat
Aku berjanji
Selagi bahasa kau abai
selagi bangsa kau gulai
Selagi Agama kau salai
Selagi itu aku tak merelakan

yus_anakmelayu (11 april 2009)
Memori
4/11/2009 11:47:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Kuntuman bunga mekar satu ketika
Melambai ingatan penghuni taman
Dalam warna ceria ada kisah gembira
Pada tangkai hijau ada duri duka
Akulah kumbang setia
Mencicipi madu gelora si bunga

Taman bunga tiada lagi
kuntuman tak mungkin mekar kembali
kelopak gugur takkan becantum semula
namun yang pasti,
harumannya sentiasa segar di hati
Selamat Tinggal Universiti Malaya
4/11/2009 06:13:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Assalamualaikum....
Sedih apabila tidak lama lagi aku akan meninggalkan UM. InsyaAllah, jika tiada apa-apa halangan, aku akan menamatkan pengajian pada bulan 5 ini. Konvokesyen akan berlangsung pada bulan 8. Teringat bagaimana aku mula-mula masuk ke UM, seorang, sendiri, dan tak tahu apa-apa. Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi, tempat pertama aku berpijak. Terlalu banyak perkara dan pihak yang bermain dalam fikiran aku. Akademi Pengajian Melayu, Silat, PALAPES, Kolej 10, Kolej 5, Dato' Zainal, Pak Mokhtar, Dr. Saiful, Prof Zahir, Zaim, Edi, abang Arif, Alamin, Diana, Wan Rosrahimah, Maryani, Artima, Arenawati,ah! terlalu ramai untuk aku selitkan di ruang ini. Setinggi penghargaan buat semua kerana sudi melingkari hidup sepi aku. entri-entri selepas ini mungkin melibatkan gambar-gambar aku semasa berada di UM. Assalamualaikum...
Barisan kabinet Baru
4/09/2009 07:23:00 PTG | Author: yus_anakmelayu
Senarai lengkap kabinet 2009

Perdana menteri - Datuk Seri Najib Razak

Timbalan perdana menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam

Timbalan-timbalan menteri:

Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah

Menteri kewangan I
Datuk Seri Najib Razak

Menteri kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)

Menteri pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)

Menteri pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat

Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)

Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)

Menteri dalam negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)

Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim

Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)

Menteri tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal

Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)

Menteri pengajian tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed

Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)

Menteri sains, teknologi dan inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)

Menteri sumber asli dan alam sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas

Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)

Menteri pelancongan
Datuk Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

Menteri pertanian dan industri asas industri
Datuk Noh Omar

Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)

Menteri pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)

Menteri kerja raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)

Menteri kesihatan
Datuk Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)

Menteri belia dan sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan)

Menteri sumber manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)

Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)

Menteri luar
Datuk Anifah Aman

A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)

Menteri wilayah persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)

dipetik daripada "Bahasa dan Budaya"
Kenali Yusrizam Bin Ibrahim
4/09/2009 05:27:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Assalamualaikum...
Coretan ini ditulis bagi memenuhi kehendak seorang rakan yang sama-sama melayari blog. Perbezaannya, blog saya dalam nada yang agak serius manakala blog sahabat saya ini agak santai dan melucukan. Saya telah di'tag'oleh kak Tipah untuk menjawab beberapa soalan yang bagi saya, berbunyi 'nakal'. =) Izinkan saya berbahasa pasar.

1) Nama Timangan Aku

Teringat zaman kecik-kecik dulu sedara mare aku panggil aku "yoyo" sebab aku ni bak kate orang pahang, 'nano' ataupun takleh duk diam.
kalau ikutkan name aku dalam i/c mak ayah letakkan aku name yusrizam bin ibrahim. semua adik beradik aku bermula dengan name yusri. yusrizal, yusrina, yusrini, yusrizam, yusrianna, yusrita, yusrimawati, yusrinani, yusrinaldi, dan yusriman. Kalau kat umah, keluarga aku panggil aku izam. mudah dan berbeza. kalau panggil yus, alamatnye semua adik2 aku datang, he.he... kat sekolah, kat universiti, atau dimana-mana sahaja aku berada selain rumah aku orang panggil aku yus. jangan sesekali panggil aku yusri k! geli geleman aku mendengornye, macam artis plak.

2) Anda Seorang yang...

Sabar(mungkin). member2 aku yang cakap macam tu, sebab diorang kate payah nk tengok aku marah.
Aku jugak seorang yang sangat mementingkan apa jugak yng bersangkut paut dengan "Melayu".

3)Insan teristimewa, ceritakan mengapa

mak ayah - melahir dan membesarkan
koibito - berkongsi suka duka

4)Lagu kesukaan

"aku Ingin Kamu" drp kumpulan Romance
"I'm Yours" drp Jason Myraz

5)Makanan Kegemaran

Sama macam kak Tipah, yang pedas-pedas saja.he..he.. selalunya cili api tu wat ulam baru mahsyuk. =p

6)Warna kesukaan

putih, hitam, kelabu, dan biru gelap

7)3 benda wajib dalam beg

pen, buku tulis, dan sweater. =)

8) kali terakhir menangis. kenapa?

7 Mac 2009
Masa tu mata aku pedih apabila ditembak dengan gas pemedih mata oleh FRU ketika turun beramai-ramai untuk membantah PPSMI. Hidup bahasa, hidup bangsa!

9)Tag 6 Rakan yang lain

1. Ekin
2. Diana
3. Ali Asyraf
4. Maisarah Razali
5. Abdul Shukor
6. Faisal Tehrani(kalau die baca, he..he..)
Siapa Lebih Mulia
4/06/2009 02:49:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Lorong kelam itu
Menyediakan rezeki palsu
Buat tikus-tikus bandar
Longkang-longkang saksi nyata
Tikus-tikus jadi mangsa
Selamat diragut sang harimau
Harimau kota
Hidup dalam dua alam
Siang berbakti malam menerkam
Antara tikus dan harimau
Siapa lebih mulia?
Antara kalimantang dan Bintang
4/06/2009 02:05:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Sederap langkahku ke lorong sempit
Disimbahi cahaya kalimantang
Menyilau menerangi
Merimaskan tubuh kerdilku ini
Sempit, Panas, Terang
Aku tak bisa bertahan

Keluar dari lorong sempit
Berlari ke padang datar
Hanya kerdipan bintang bersinar
Lambaian angin menjamah tubuh
Sayu, dingin, tenang
Aku kini bernafas

Meskipun kalimantang
Terangmu mengatasi bintang
Tak mungkin dapat menggantikannya
Tak mungkin kau bisa setingginya
tak mungkin kau bisa secantiknya
Kerna kau bukan ciptaan Maha Kuasa
Sebagaimana bintang
Yang sentiasa berkerdip
Menemani sang hamba
Dalam mencari hakikat diri.