http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/STIDKLut6QI/AAAAAAAAAsI/cBo6xn7s-
salam hijrah
12/28/2008 10:11:00 PG | Author: yus_anakmelayu
(alamin dan aku)

Hijrah Masa





Bila masa menjengah usia


Bila hari menginjak pergi


Lemas tanpa disedari


Begitu pantas detik berlari





Bila 1428H melabuh tirai


Bila 1429H menyingkap masa


Terkesima tanpa kata terlerai


Begitu alpa di alam rasa





Bila angka bertukar rentak tari


Bila hijrah bertukar azam


Berkobar semangat tanpa disedari


Begitu hijrah memahatkan iltizam





dipetik dari : http://arsaili.blogspot.com/
semester baru dan terakhir, gembira atau sedih?
12/25/2008 04:43:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Assalamualaikum sahabat semua...
ketika aku menulis coretan ini, aku baru sahaja pulang daripada latihan fasa medan PALAPES di Sungai Tengi, Selangor. Macam-macam yang berlaku ketika aku di sana. latihan yang agak lasak sehinggakan bibir aku terkoyak kerana terhentak dengan pejera senjata M16. terpaksa dijahit dengan tiga kali jahitan, hu..hu.. tamat latihan fasa medan bermakna berakhirlah cuti semester kelima buatku. semsetret terakhir akan tiba. aku menanti dengan penuh debaran. aku tahu, banyak cabaran yang akan aku lalui. banyak kerja yang masih perlukan keringat aku. seperti semester sebelum ini, aktiviti yang bermain di minda aku ialah silat, palapes, dan APM. bagi silat, kejohanan pertama akan berlangsung ialah pada bulan januari. kalau tak silap aku lah... perlukan stamina yang tinggi jugal tu... palapes plak, hujung bulan satu ni, ada latihan menembak di lapang sasar elektronik asahan dan seterusnya latihan bagi pentauliahan. akhirnya APM, aku perlu habiskan kerja-kerja aku dalam menjayakan Festival Akademi Pengajian Melayu. semuanya akan selesai dalam semseter keenam. gembirakah aku? dari satu sudut aku gembira menghabiskan pengajian di akademi pengajian melayu, universiti malaya. dari satu sudut yang lain, rasa hiba tiba-tiba datang mangingatkan aku yang aku akan meninggalkan semua aktiviti tersebut tak lama lagi. bertemukah lagi aku dengan semua itu selepas ini? ya Allah, semoga pertambahan usia aku menjadikan aku insan yang bertambah matang dalam menghadapi apa jua cabaran, amiin...
Assalamualaikum...
Alhamdulillah... =)
12/12/2008 04:32:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Assalamualaikum... alhamdulillah, tuhan masih memberi rezeki yang murah kepada aku dan sahabat. baru sebntar tadi aku menyemak keputusan peperiksaan. tahniah buat "roomate" aku yang dapat anugerah dekan untuk semester 5 ini. aku pulak walaupun tak sehebat itu, tapi masih boleh berbangga denga png ">3.5". dalam keadaan aku yang sangat malas masa semester lima, kadang-kadang aku rase tuhan mengurniakan istidraj(memberi nikmat dalam keadaan dia murka). aku tak berusaha seperti sepatutnya tapi masih lagi dikurniakan nikmat. insyaAllah aku cuba mengubah ini semua untuk sem yang terakhir. dua hari lagi aku akan masuk fasa medan(hutan), dalam 24hb baru habis.
doakan aku selamat ea... oklah.. kawan2 jage diri elok2..
assalamualaikum...
PERTUKARAN MAHASISWA UM KE BFSU, BEIJING
11/29/2008 07:09:00 PG | Author: yus_anakmelayu
MUZIUM IBU KOTA BEIJING
HOSPITAL BERHAMPIRAN BFSU

DI TAMAN BANGSA-BANGSA MINORITI


BERSAMA DUTA BESAR DI KEDUTAAN



PERPUSTAKAAN PEKING UNIVERSITY




TAMAN MUSIM PANAS(YI HE YUAN)





DI TEMBOK BESAR CHINA(CHANG CHENG)






KEDAI JED 'BOUNA'







PINTU BELAKANG FORBIDEN CITY(GU GONG)








DATARAN TIAN AN MEN, SEBERANG TU FORBIDEN CITY









DIHADAPAN PINTU BARAT BFSU, BEIJING
SIAPA PEJUANG??!!!???
11/28/2008 09:02:00 PG | Author: yus_anakmelayu

Assalamualaikum...
Hari ini(28hb 11 08) aku menonton filem The Last Samurai yang disiarkan di TV3. Filem ini agak memberi kesan kepada aku apabila melihat betapa kukuhnya jatidiri orang Jepun. Melihat perjuangan Samurai Jepun dalam mempertahankan identiti mereka. Agak menarik mendengar kata-kata Tom Cruise dalam cerita ini; pertama kali dia melihat kehidupan yang begitu berdisiplin, bermula hidup pada waktu pagi sehinggalah mata terlelap, semua perkara dilakukan denga sesempurna mungkin. Taktala Amerika masih lagi terkial-kial membentuk negara, samurai sudah diiktiraf tentera yang paling sotifiskated di dunia. Apa yang penting, bagaimana mereka sanggup mati untuk sesuatu yang mereka rasakan benar. Hidup mereka untuk maharaja dan bangsa. Abila ada anasir luar cuba menceroboh, seboleh-bolehnya mereka sanggah. Melihat anak kepada Katsumoto(ketua pemberontak samurai) menghunus kedua pedangnya lalu mati di tangan tentera jepun moden(bersenjatakan senapang patah) sangat menyayat hatiku. Apatah lagi apabila seorang tua sanggup ditembak bagi melindungi si hero ketika berperang. Itulah orang Jepun, dan keran itulah bangsa yang satu ini menjadi sangat maju dan berkuasa sehingga sekarang. Maju dengan tradisi yang mereka terus pertahankan sehingga kini. Suka aku membuat perbandingan dengan bangsa Melayu. Dahulu kita mampu berbangga juga dengan bangsa kita yang kaya jatidiri. Kelibat pahlawan-pahlawan bangsa seperti Mat Kilau, Tuk Janggut, Dato Bahaman dan seumpanya begitu bermaruah dalam mempertahankan tanah air. Tokoh pemikir negara juga tidak kurang banyaknya; Tun Sri Lanang, Hamzah Fansuri, Syeikh Nuruddin, Zaaba, dan ramai lagi. Itu dulu, tapi kini? benarlah kata Tun Dr. Mahathir, Melayu mudah lupa. Lupa dengan asal usul. Ada tanah, tanah tergadai. Ada bahasa, bahasa ditinggal. Ada maruah, maruah dijual!!! jadi, siapa pejuang??!! siapa sebenarnya pejuang bangsa Melayu ini??!!
Antara Dua Pilihan
11/19/2008 04:23:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Berat sungguh hati aku sekarang. Betul-betul berat. permasalahan yang timbul kerana hati aku tidak seteguh rakan-rakan yang lain... dahulu aku memilih pasukan latihan pegawai simpanan kerana aku sangkakan itulah lapangan yag mendatangkan kepuasan bagi aku...
sekarang, PALAPES hanya mendatangkan beban dengan bermacam2 masalah dalaman yang timbul. mungkin berpunca daripada orang2 seperti aku ni, yang hatinya setengah2 dalam membuat keputusan. sekarang tinggal semester terakhir, aku masih berfikir2 untuk meneruskan perjuangan bersama2 rakan lain atau tidak. mungkin kerana terlalu banyak himpitan daripada perkara2 lain, silat, belajar, dan terbaru Festival Akademi Pengajian Melayu yang aku terajui bakal berlangsung bulan 3 ni, insyaAllah... siapa boleh mentafsir dan meneka, yang mana satu pilihan aku? keka dalam PALAPES atau mencari kebebasan?
Melayu itu Islam!!!!
11/17/2008 08:59:00 PTG | Author: yus_anakmelayu
salam..
boelh tolong aku bahaskan tajuk ini? aku nak dengar pendapat dari sape2 jua.. tolong aku jugak sebarkan tajuk ini..
Peperiksaan sudah tamat, masa untuk BERPERANG pula!!!
11/15/2008 08:33:00 PTG | Author: yus_anakmelayu


Assalamualaikum...


Alhamdulillah peperiksaan akhir semester sudah tamat. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang, amiin. 17hb november(esok) aku akan balik ke rumah. Tak sabar rasanya nak jumpa mak ayah. Tapi aku balik tak lama. Tak macam rakan-rakan yang lain. 24hb ni aku akan ke Um semula, nak berperang!!! he..he.. latihan PALAPES(Pasukan Latihan Pegawai Simpanan) akan bermula. Baju kena gosok, kasut kena kilat, stamina kena cari, ha..ha.. rutin biasa dalam hidup aku. hidup di dunia ini bukan hanya untuk ilmu yang formal semata-mata. Aku melihat PALAPES salah satu cara untuk membentuk keyakinan diri dan semangat kerjasama. ok lah, untuk bulan yang seterusnya, mungkin aku akan senyap sekejap... latihan kat dalam hutan, mane ade internet, he..he.. salam permisi daripada aku. Assalamualaikum.
WARKAH BUAT IBU - TAK SANGKA MENGALIR AIR MATAKU BILE BACE SURAT NI
11/12/2008 07:37:00 PG | Author: yus_anakmelayu
(tak ada kena-mengena dengan aku, diambil dari petikan blog sahabat aku)
WARKAH BUAT IBU...
Mak....Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,Rasanya baru semalam mak peluk kiter kansejuk syahdu masih terasa lagi nih....Mak tau tak.....itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....dan itu juga terakhir kali nya.Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....nak tinggal kan anak2 mak.....nak tinggal kan dunia fana ni.....mak macam dan sedia.....Seminggu sebelum tu.....mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu.....tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....kakak pun rasa hairan.....mak tak penah buat gitu.....pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam.....kengkadang siaran indonesia...mak terus tekun menganyam...Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untukmengiringi mak ke kuburan...Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....pastu mak jemur karpet-karpet...pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..mak biarkan ruang tu kosong..rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barangkemas mak..ada kat dalam almari.....ada kat dalam dalam beg.....ada dalam ASB.....ada kat dalam Tabung Haji..mak cakap tak berapa cukup lagi....ada kat dalam gulung tikar.....masa tu mak perasan takk..??kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulungtikar...kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...mak cuma gelak jer...eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..
Mak.....Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....bila malam tu kiter sampai dari KL.....mak dah dalam kesakitan.Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....mak tetap takmau pi hospital.....dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk...Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.....tapi kiter berkeras juga pujukk..nanti di hospital ada doktor...ada ubat untuk mak..kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..Mak tetap tak bersetuju.....mak memang degil...tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit kami adik beradiksepakat hantar juga mak ke hospital.....Mak.....amponkan kami semua...kami nak mak sehat...kami sayang mak...kami tak mau mak sakit...kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....ampon kan kami yer mak....Mak.....Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama danterakhir kali mak naik kereta kiter...Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kiter kata nakbeli kereta....Mak asyik tanya ajer..cukup ker duitt..kiter jawab pula...kalau tak cukup,mak kan banyak duit...mak gelak ajerr.....lepas tu bila kereta kiter sampai.....mak buat kendurikesyukuran.....Dan kiter masih ingat lagi...bila kiter eksiden terlanggar kelinn naik motor.....Punya la kiter takut...kiter warning kakak kiter jangansesekali bgtau kat mak.....Bila balik sahaja kampong....kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...mak tanyakenapa...?Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....Mak....tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau halsebenar...mak, kiter menipu mak kan...ampon kan kiter....
Mak.....Jam 4.30 pagi 19/08/1999Bila tiba aja kat hospital....nurse tengah balut mak dengan kain putih.....mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...mesti mak nampak semua tu kann...kann..kannnMak tau tak....Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...Adik kat sebelah diam melayan perasann...Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...jalan di depan terasa makin kelam.....airmata dah tak mampu di tahan....Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga... di sebab kan pagi masih awal,jadi jalan tu lenggang..kosong....sekosong hati ini.....Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.....terasa syahdu dan sayu gitu...dinginnnn....Mak.....Kiter masih ingat lagi...Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...Jam 11.00 pagi mak di mandi kan....Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....Mak perasan tak...?Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buatgitu...jangan nangis ya.."Bila makcik tu kata gitu...lagi laaaa laju airmata ni..tapi kiter kawal supaya takmenitik atas mak....Mak.....Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....kiter nangis ni.....Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....Takder orang yang bangun lagi.....kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh"kiter sedih...kiter rindu kat mak..!Takpa la.....nanti bila kita selesai sembanyang subuh, kiter baca yassin untuk mak...mak tunggu ya...!Mak..Sebelum muka mak di tutup buat selamanya....Semua anak2 mak mengelilingi mak...menatap wajah mak buat kali terakhir....Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...Mak rasa tak....masa tu kiter sentuh dahi mak....kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....Kiter tak mampu nak cium mak...kiter tak daya....kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...Airmata kiter tak boleh tahan....Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak... tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...badan akak terasa panas...makk...anak mak yang seorang tu demam....Mak tauu...cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan...
Mak.....Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...Begitu terasa kehilangan mak...boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...Dan sampai satu tahap....masa tu malam jumaat selepas maghrib...selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan....entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...semakin kiter tenung terasa semakin sayu...tangisan tak dapat dibendung...Mak tauu...kiter cuba bertahan...memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...Kiter rasa nak telefon mak...nak cakap dengan mak....anak mak yang ni dah tak betul kan..????Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...Puas la kakak memujuk kiter...Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untukmak..nanti kalau gini ajer mak yang susah kat sana.."Dan akhirnya akak juga nangis.....Agaknya mak nampak adegan tu...sebab malam jumaat kata orang roh balik rumahh...mengharap sedekah dari anak2 nya...Mak tau tak...di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...rasa nyilu sangat....menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ini....Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....
Mak....cukup la sampai sini dulu....kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan...kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...pastu kawan kiter bgtau...simpan je buat kenangan..Kiter cuma tau alamat ni aje...Takper yer mak...kiter kasi orang lain baca...Kiter stop dulu...sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..sampai masuk unibesiti..sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...boleh rasa duduk kat negara orang...Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..Sekian terima kasih.
Yang BenarAnak mak yang dah tak degil
(SUMBER-emel)
HIKMAH SOLAT
11/11/2008 07:07:00 PTG | Author: yus_anakmelayu
HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.



Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan. “Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.
Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.



Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.
“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur. “Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya. Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang. Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak. Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.



Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak. Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah. “Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya. Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir. Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik. Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian. “Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh. “Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya. Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang. Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan. Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah. Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat. Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot. Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan. “Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya. Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut. Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus. “Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya. Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring. “Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya. Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.
MELAYU SENDIRI YANG BUANG BAHASA MELAYU!!!
11/11/2008 10:40:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Tue Apr 17, 07 12:56:41 pm MYT

Jika jambatan bengkok Johor-Singapura boleh dibatalkan, tiada sebab pelaksanaan bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik tidak boleh diubah - demikian tegas pejuang bahasa, Prof Dr Awang Sariyan. Beliau berkata soal bahasa amat penting kerana ia membabitkan keperibadian bangsa dan negara. Ikuti wawancara SAIDAH HAIRAN dengan Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, DR AWANG SARIYAN itu di pejabatnya di Universiti Malaya baru-baru ini.


Minta Prof ulas keputusan peperiksaan yang didakwa menunjukkan peningkatan dalam mata pelajaran Sains dan Matematik sesudah kedua-dua mata pelajaran itu diajarkan dalam bahasa Inggeris?

Saya sendiri tidak pasti. Saya boleh memberikan ulasan secara umum. Kita perlu faham bahawa sistem peperiksaan PMR, SPM dan STPM berdasarkan sistem norma. Maksudnya, keputusan dan prestasi calon peperiksaan diukur berdasarkan prestasi keseluruhan.
Andai kata pada sesuatu tahun pencapaian keseluruhannya cemerlang, graf atau markah lulus dinaikkan. Tetapi kalau pada tahun-tahun tertentu pencapaian calon pada umumnya kurang cemerlang, markah lulus diturunkan.
Saya hanya dapat mengatakan bahawa dalam konteks pelaksanaan peperiksaan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, ada kemungkinan prestasi pelajar (yang tidak diketahui sebenarnya) agak rendah. Maka markah lulus mungkin diturunkan sehingga tampak seolah-olah keputusannya cemerlang. Di universiti yang diamalkan ialah kaedah kriteria, iaitu berdasarkan prestasi sebenar calon.
Selain itu, kita perlu menimbangkan faktor lain juga. Media menyiarkan kenyataan Kementerian Pelajaran bahawa 70 peratus pelajar masih menjawab soalan Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu. Hanya 30 peratus yang menjawab dalam bahasa Inggeris. Jadi, tidak munasabah dikatakan pencapaian dalam kedua-dua subjek itu meningkat sesudah pengajaran dilaksanakan dalam bahasa Inggeris, kerana 70 peratus pelajar masih menjawab dalam bahasa Melayu.
Jika benar cemerlang, maka yang cemerlang besar kemungkinannya yang menjawab dalam bahasa Melayu. Kemudian pencapaian pelajar luar bandar yang kebanyakannya kurang menguasai bahasa Inggeris tiba-tiba dikatakan cemerlang dalam Matematik dan Sains. Hal ini pun sukar diterima akal. Kajian DBP dan UKM menunjukkan bahawa murid luar bandar menghadapi masalah besar apabila bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar Sains dan Matematik. Guru yang mengajar pun menghadapi masalah yang besar sehingga merosot motivasi mereka.


Mungkin ada sebahagian besar orang Melayu yang lebih mengagungkan bahasa Inggeris?


Kalau itu kesnya mengapa kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar. Kalau ada masalah, selesaikan masalah itu. Tidak munasabah kita menghukum bahasa Melayu semata-mata kerana ada sejumlah orang Melayu yang mengagungkan bahasa Inggeris. Hujah itu pada hemat saya tidak logis.
Ada orang mengatakan bahawa seluruh dunia sudah beralih kepada bahasa Inggeris. Itu suatu pembohongan, lebih-lebih lagi jika orang itu berkesempatan ke pelbagai negara maju. Republik Rakyat China, Korea, Jepun dan negara lain meningkatkan pengajaran dan penguasaan bahasa Inggeris. Memang itu pun yang kita lakukan di Malaysia. Tiada salahnya. Namun China masih mengekalkan bahasanya dalam pengajaran Sains dan Matematik atau pokoknya bahasa Cina masih menjadi bahasa utama dalam urusan kenegaraan. Begitu juga halnya di negara-negara maju lain.
Ada orang keliru mengenai usaha meningkatkan pengguasaan bahasa Inggeris dengan usaha mengubah dasar bahasa pengantar ilmu atau dasar bahasa negara. Kedua-duanya hal yang berlainan. Pejuang bahasa tidak menentang usaha peningkatan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, bahkan rakyat di negara ini. Tetapi yang tidak kami setujui ialah penurunan darjat bahasa Melayu sebagai bahasa negara dalam pelbagai bidang dan peranan itu digantikan dengan bahasa Inggeris.
Memang wajar kita meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain bagi membantu kemajuan bangsa. Hal ini pun dituntut oleh agama Islam. Nabi menganjurkan penguasaan bahasa asing. Nabi pernah mengupah sahabatnya yang pandai bahasa Ibrani dan bahasa lain menterjemahkan karya ke dalam bahasa Arab.
Ini bererti bahawa kita perlu menguasai bahasa asing tetapi tanpa mengorbankan bahasa sendiri. Ini dua isu yang berlainan. Al-Quran menekankan perbedaan bangsa dan bahasa supaya manusia saling mengenal. Untuk saling mengenal pasti perlu kita menguasai bahasa bangsa lain.
Adakah bahasa Melayu tidak dapat membawa kemajuan?
Soal bahasa Melayu tidak mampu membawa kemajuan itu tidak timbul sama sekali. Hanya orang yang buta sejarah sahaja yang berkata demikian. Bahasa Melayu bukan baru sehari dua atau 10 atau 20 tahun wujud. Bahasa Melayu sudah lebih dua alaf wujud di alam Melayu, menurut kajian ahli linguistik sejarah dan ahli antropologi serta arkeologi.
Jika bahasa Melayu tidak mampu menjadi bahasa kemajuan, bagaimana Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Melayu di seluruh alam Melayu pada abad ke-15 hingga abad ke-19 maju daripada segi perdagangan, undang-undang, ekonomi dan hubungan diplomasi yang semuanya berlangsung dalam bahasa Melayu.
Saksikanlah bagaimana undang-undang pada zaman itu ditulis dalam bahasa Melayu seperti dalam Hukum Kanun Melaka dan pelbagai kitab undang-undang yang lain. Perdagangan berlangsung dalam bahasa Melayu. Hubungan diplomasi antara kerajaan Melayu dengan kerajaan bukan Melayu, termasuk kuasa Barat, semuanya berlangsung dalam bahasa Melayu.
Kita masih dapat menyaksikan surat-surat antara kerajaan asing dengan kerajaan Melayu semuanya dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi. Perjanjian-perjanjian pun semuanya dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi. Singkatnya, bahasa Melayu telah menjadi bahasa sejagat atau bahasa global pada satu waktu dahulu.
Apabila Unesco mengiktiraf surat-surat Sultan Kedah dengan Kerajaan Inggeris pada abad ke-19 sebagai salah satu warisan dunia bagi wilayah rantau ini, bukankah itu bukti nyata bahawa bahasa Melayu telah memajukan bangsa?
Jangan lupa juga akan peranan bahasa Melayu mengilmukan bangsa Melayu, daripada bangsa yang percaya kepada tahayul dan khurafat kepada bangsa yang bertamadun tinggi menerima konsep-konsep agama Islam melalui bahasa Melayu. Kata Prof Syed Naquib al-Attas, bahasa Melayu telah dipilih oleh Allah menjadi salah bahasa Islam yang penting di dunia.
Bagaimana kita mengatakan bahasa Melayu tidak dapat menjadi alat kemajuan sedangkan hal itu sudah ratusan tahun berlangsung begitu. Sekarang ini tampak bahasa Melayu seakan-akan belum dapat menjadi bahasa kemajuan kerana kita sendiri yang salah.
Kita tidak meletakkan bahasa Melayu di tempatnya yang wajar. Pentadbiran sudah dapat dilaksanakan bahasa Melayu tetapi orang lebih berminat menggunakan bahasa Inggeris.
Kira-kira 60 peratus mesyuarat rasmi di sesetengah jabatan kerajaan menggunakan bahasa Inggeris. Bukan soal bahasa Melayu yang lemah tetapi soal orang yang bermesyuarat itu yang mungkin tidak menguasai bahasa Melayu atau sikapnya terhadap bahasa yang salah. Ada kesombongan yang tidak kena pada tempatnya apabila menganggap bahawa bermesyuarat dalam bahasa Inggeris lebih selesa atau hebat. Itu riak namanya.
Di UKM semua syarahan perdana dalam bahasa Melayu. Kalau universiti lain tidak mahu menggunakan bahasa Melayu, maka itu bukan soal bahasa Melayu yang lemah tetapi soal orangnya. Yang diamalkan di UKM bagus, kerana menghormati Dasar Pendidikan Kebangsaan dan universiti itu pun ditubuhkan atas desakan cendekiawan Melayu untuk membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu.
Pelajar luar negara jika menulis dalam bahasa asing sekalipun, mereka perlu mempelajari bahasa Melayu. Saya berharap bahawa UKM tidak akan beralih paksi semata-mata untuk menyertai arus perdana yang belum teruji itu. Tun Mahathir Mohamad sendiri sewaktu menjadi Pengerusi Jemaah UKM pada awal tahun 1970-an membuat kenyataan akhbar perlunya bahasa Melayu menjadi bahasa penghantar ilmu di universiti.
Di UKM semua syarahan perdana dalam bahasa Melayu. Kalau universiti lain tidak mahu menggunakan bahasa Melayu, maka itu bukan soal bahasa Melayu yang lemah tetapi soal orangnya. Yang diamalkan di UKM bagus, kerana menghormati Dasar Pendidikan Kebangsaan dan universiti itu pun ditubuhkan atas desakan cendekiawan Melayu untuk membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu.
Pelajar luar negara jika menulis dalam bahasa asing sekalipun, mereka perlu mempelajari bahasa Melayu. Saya berharap bahawa UKM tidak akan beralih paksi semata-mata untuk menyertai arus perdana yang belum teruji itu. Tun Mahathir Mohamad sendiri sewaktu menjadi Pengerusi Jemaah UKM pada awal tahun 1970-an membuat kenyataan akhbar perlunya bahasa Melayu menjadi bahasa penghantar ilmu di universiti.



Bagaimana hendak melakukan anjakan pradigma dalam kalangan golongan profesional tentang pentingnya melestarikan bahasa Melayu?

Anjakan paradigma kadang-kadang dapat berlaku dari hati golongan profesional itu sendiri, jika mereka bersemangat kebangsaan dan bersemangat untuk menghidupkan tamadun bangsanya. Tetapi kalau kita berharap semangat itu muncul dalam diri masing-masing, saya kira hal itu sulit. Sebilangan penjawat awam bersemangat tetapi seringkali beralasan bahawa sebagai penjawat awam mereka perlu patuh melaksanakan perubahan yang sekalipun bertentangan dengan dasar negara yang asal.
Oleh itu dasar dan penguatkuasaan perlu jelas. Kita dapati dalam masyarakat sedang membangun, jika ada keputusan yang jelas daripada pimpinan, rakyat akan mengikut. Kalau semua orang wajib lulus bahasa Melayu untuk lulus peperiksaan atau mendapat kerja, semua orang ikut. Jika bahasa Melayu diwajibkan menjadi bahasa penghantar utama di universiti, hatta di IPTS, saya yakin pimpinan universiti akan patuh.
Tetapi apabila dasar yang telah termaktub dalam akta pun diubah, seperti peruntukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam Akta Pendidikan, maka orang yang tidak mengikut atau ikut dengan hati yang tidak ikhlas akan cepat-cepat kembali kepada bahasa Inggeris, bahkan kadang-kadang terjadi keadaan 'lebih sudu daripada kuah'.
Misalnya ada sebuah universiti yang mengarahkan kuliah sastera Melayu disampaikan dalam bahasa Inggeris, sekurang-kurangnya dalam satu waktu kuliah dalam seminggu. Ini berlaku kerana ada ruang untuk mereka tidak melaksanakan dasar bahasa Melayu (yang sebenarnya tidak pernah diubah oleh Parlimen atau oleh rakyat).
Kita nampak kesan positif dalam dasar Tun Razak melalui soal bahasa, kebudayaan dan politik. Kita juga nampak jika dasar berubah orang pun cepat berubah. Saya melihat dasar kerajaan perlu mengekalkan dasar-dasar awal. Usah cepat kita melatah mengatakan bahawa dasar-dasar kenegaraan yang diacu Tun Razak sudah tidak relevan pada zaman sekarang.
Sekarang ini ada orang yang sudah berani bercakap bahawa bahasa Melayu sudah tidak boleh menjadi bahasa perpaduan dan jika hujah itu diterima pula oleh pimpinan, bahaya besar sedang menunggu kita. Kita tidak patut mudah melatah dan mudah mengaku kalah atau mudah percaya bahawa dasar yang dibuat itu salah, sedangkan dasar itu menunjukkan banyak kesan yang positif.
Dasar sekarang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik belum menunjukkan hasil yang baik, malah mencemaskan, baik kepada bangsa dan juga nasib bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pada masa hadapan. Sebaliknya dasar yang diasaskan oleh Tun Razak telah terbukti menghasilkan anak watan yang berilmu dan berkemahiran dan berkeperibadian menurut acuan sendiri.


Prof, ada kemungkinan bahasa Melayu akan pupus jika tidak ada usaha meningkatkan penguasaannya?

Saya yakin bahawa bahasa Melayu tidak akan pupus. Bagi saya yang kita cemaskan bukan pupusnya bahasa Melayu dari muka bumi. Pupusnya sesuatu bangsa dari muka bumi adalah dengan takdir Allah. Kita ada lebih 250 juta orang penutur di Indonesia, Brunei, Kemboja, Thailand dan di tempat-tempat lain. Jika bangsa Melayu dengan takdir Allah pupus daripada muka bumi seperti kaum-kaum dahulu tentu bahasa Melayu ikut pupus. Tetapi yang kita risaukan bukan soal pupusnya bahasa Melayu tetapi pupusnya 'sebagai bahasa tamadun'. Jika bahasa Melayu pada satu waktu kelak tidak menjadi bahasa ilmu, pentadbiran, undang-undang, ekonomi dan sebagainya, maka itulah bentuk kepupusan yang cukup menakutkan.
Adakah kita cukup puas hati bahasa Melayu sekadar wujud di muka bumi dan hanya menjadi bahasa perbualan biasa. Tentu tidak, kerana bahasa Melayu sudah berabad-abad menjadi bahasa tamadun tinggi. Mengapa kini hendak dirobek mata rantai sejarah yang baik itu? Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu digunakan dalam bidang falsafah, undang-undang, diplomasi, metafizik atau tasawuf, perdagangan dan sebagainya... Jika tiba-tiba bahasa Melayu tidak lagi diberi peranan sebagai bahasa tamadun, maka kita sebagai satu bangsa besar menuju kemerosotan.
Bahasa dan akal itu nikmat Allah yang paling besar. Kalau kita sia-siakan bahasa Melayu itu pun satu bentuk kekufuran. Ini perlu kita fahami daripada segi agama. Jika kita kufur nikmat, kita terima sajalah azab Tuhan esok. Bukankah itu janji Allah? Dalam bentuk apa azab itu terserah kepada Allah. Kita mungkin lemah daripada segi tamadun. Kita akan jadi bangsa yang terjajah fikirannya walaupun mungkin zahirnya tidak terjajah daripada segi ketenteraan dan politik.


Jika pelajar-pelajar Melayu dapat menguasai bahasa Inggeris apakah dasar pendidikan akan ditukar?

Dalam waktu terdekat kita selalu menggunakan hujah bahawa anak-anak Melayu akan ketinggalan dalam proses menguasai ilmu. Itu satu kesan yang dapat kita ramalkan berlaku, berdasarkan kenyataan bahawa sebahagian orang Melayu tinggal di luar bandar yang masih kekurangan dalam hal pendedahan kepada prasarana ilmu.
Tetapi takdirnya, katakan dalam penguasaan bahasa Inggeris semua anak Melayu akan hebat pada satu waktu kelak, jangan lupa kita menekankan bahawa perjuangan bahasa bukan sahaja menekankan kemajuan bangsa kita secara lahiriah, tapi dalam masa yang sama kita perlu ada jati diri.
Dengan peningkatan penguasaan bahasa Inggeris, anak-anak Melayu tidak ada masalah belajar Sains dan Matematik dalam bahasa itu. Tetapi jangan lupa akan kesan jangka panjang yang besar akibatnya, iaitu kehilangan jati diri - kehilangan tamadun yang besar dan kufur nikmat Allah. Kehilangan itu tidak akan dapat diganti.


Adakah orang Melayu sendiri yang membuang bahasa Melayu?


Memang orang Melayu. Saya yang berketurunan Jawa pun tidak membuang bahasa Melayu malah memperjuangkannya. Soal penjajah Inggeris mengetepikan bahasa Melayu memang sudah jelas menjadi dasar penjajah. Tetapi selepas penjajah pergi kita hendak menyalahkan siapa? Almarhum Tun Razak sudah membela bahasa Melayu cukup baik.
Tun Abdul Rahman Yaakub sudah meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kita. Sekarang ada orang yang pandai-pandai hendak mengubahnya tanpa belajar daripada sejarah. Saya masih ingat Tan Sri Ghazali Shafie pernah menyebut bahawa sekarang banyak orang yang pandai-pandai mengalihkan tiang gol orang Melayu sehingga tidak kesampaian hasrat orang Melayu hendak memasukkan bola ke pintu gol. Itu sindiran yang amat tepat kepada orang yang tidak halus fikiran dan bacaannya dalam mengendalikan nasib bangsa dan negara.
Jika bangsa lain tolong merobohkan bangsa Melayu kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana kita yang mula merobohkannya.


Apakah pejuang bahasa akan terus memperjuangkan nasib bahasa Melayu?


Kami tetap dengan perjuangan kami kerana yakin kami memperjuangkan yang hak, bukan ada kepentingan diri, tetapi kepentingan bangsa dan negara. Bahkan yang kami perjuangkan itu bersandarkan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan negara dan beberapa akta yang berkaitan, seperti Akta Bahasa Kebangsaan dan Akta Pendidikan. Cara perjuangan kami melalui lisan, iaitu bahasa, melalui seminar, dialog dengan pemimpin dan menulis makalah atau buku. Ibaratnya, kata ulama iman ada tiga tingkat. Tingkat pertama ialah melaksanakannya dengan tangan atau kuasa. Tingkat kedua ialah dengan lisan atau bahasa. Tingkat ketiga dengan hati.
Kami hanya ada lidah dan pena untuk bercakap dan menulis dalam memberikan pendapat ikhlas. Kami tidak ada kuasa untuk mengubah dasar. Kami tidak boleh menuntut sekolah supaya jangan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penhantar jika itu arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa. _
Islam dalam bentuk kebudayaan perlu digerakkan di Malaysia
11/11/2008 10:33:00 PG | Author: yus_anakmelayu
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Hrkh) - Islam Thaqafah atau Islam dalam bentuk kebudayaan sangat sesuai digerakkan dalam konteks realiti masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama sekarang, demikian menurut penggiat sastera Mohd Faisal Musa.

Faisal atau dikenali dengan nama pena Faisal Tehrani berkata, wacana Islam boleh disampaikan dengan lebih kuat dan berkesan sekiranya wacana ilmiah dapat diungkapkan melalui saluran media hiburan seperti filem dan sebagainya.

"Orang ramai perlu mengetahui wacana yang didebatkan dalam usrah, dan seminar kongres, tapi kelompok ini tidak pergi usrah. Jadi, mereka perlu dapatkan ilmu ini daripada media hiburan. Soalnya, sekarang bagaimana kita mahu mengisi wacana ini dalam sastera dan hiburan?
"Masyarakat silam, kalau tidak ke institusi ilmu seperti masjid pun, mereka tetap mendapatkan ilmu daripada sastera gurindam yang mencerminkan penghayatan agama. Kita boleh lihat gurindam dan syair dahulu yang banyak bertemakan kesufian dan berorientasikan keagamaan," kata Faisal.

Tambah Faisal, kelompok sastera tidak boleh hanya mengambil dimensi sastera daripada Barat yang semata-mata mengutamakan bentuk."Jika anda membaca novel Barat, ia hanya sekadar cerita. Formula novel hebat, mesti ada pelacur dan perkara yang berunsurkan seks. Lihat sahaja filem-filem Hollywood. Itu sahaja yang diulang. Mesti ada klimaks, cinta tiga segi dan sebagainya.

"Tapi, sendi kekuatan kita di alam Melayu ialah keilmuan dan wacana. Itulah kekuatan asal kita. Lihat saja puisi agama Hamzah Fansuri, Raja Ali Haji dengan gurindam dua belas. Mungkin pada tahap permulaan, khalayak akan berkata bahawa cara ini membosankan kerana seperti berkhutbah. "Tapi, kita kena ingat bahawa khalayak berhak mengetahui apa itu Tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah walaupun mereka tidak ke usrah. Kita pun tahu semua itu sebab kita mengikuti tarbiyyah ini. Sekarang, bagaimana kita mahu sampaikan semua itu melalui saluran yang mereka minati?" katanya.

Mengambil contoh seni tari zapin, Faisal berkata, seni tarian itu asalnya bermula daripada guru agama di Johor. "Dalam tarian itu, ada suatu langkah yang dinamakan Lenggok Ayam Patah. Ia lengkok tak jadi dan tak sempurna lenggoknya. Falsafahnya ialah, jika kita melakukan perkara yang tidak baik, kita kena patah balik kembali semula kepada fitrah asal. Itulah falsafah dalam tarian," kata Faisal.

Tambahnya, Islam thaqafah atau Islam dalam bentuk kebudayaan di alam Melayu perlu diterjemahkan selain Islam dalam bentuk siasah politik dan Islam dalam bentuk pendidikan.
"Sebab itulah gerakan Wali Songo terdahulu membawa mesej Islam dalam bentuk gerakan kebudayaan, kesenian dan kesusasteraan," kata beliau lagi.

Faisal memenangi hadiah sebanyak RM74,000 dalam anugerah Sayembara Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas Dewan Bahasa dan Pustaka pada 23 Februari lalu bagi kategori novel (pertama), novel remaja (pertama) dan cerpen (kedua).
Antara pemenang kategori novel, Azizi Abdullah dan Shahnon Ahmad. Kategori Skrip drama pentas, Siti Jasmina Ibrahim, Mohamad Hatta Azad Khan dan Dahiri Saini. Kategori novel remaja Nurul Salwa Abdul Muluk dan Fatimah Syarha Mohd Noordin. Kategori cerpen, Baharin Ramly dan Ahmad Syuhaimi Adnan. Kategori puisi, Jamaludin Darus, Ali Bukhari Amir dan Sharunizam Abdul Talib. - mns_
MAHATHIR PEJUANG ATAU PETUALANG??
11/11/2008 10:08:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Macam berat je kan tajuk yang aku pilih ni. tetapi, perkara inilah yang bermain dalam fikiran aku sejak dua tiga hari ni... entah, kenapa baru-baru ini terlalu banyak pihak yang cuba mempertikaikan sumbangan oleh mantan perdana menteri kita ini. Aku bercakap bukan dalam konteks politik. aku tak boleh kate yang aku menyebelahi che det yang sorang ni. tapi bagi aku agak kurang manis jika kita melihat keburukan seseorang tanpa mengambil kira jasanya yang telah kita 'makan'. Baru-baru ini aku ke beijing, ade seorang profesor disana, profesor Wu namanya. Beliau ade cakap, Mahathir ini adalah satu-satunya tokoh pemimpin yang sangat dipandang tinggi oleh negara China kerana menyokong hak China ke atas Taiwan dan Hong Kong. banyak jugak persoalan yang timbul, kalau orang luar boleh menghargai pemimpin kita, kenapa kita seolah-olah cuba menghapuskan nama Mahathir dalam lipatan sejarah tokoh Malaysia?
SEMALAM YANG INDAH
11/11/2008 12:05:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Aku tak tau nak cakap macam mane... bagi aku smalam(10nov2008) satu hari yang aku raser benar-benar singkat. awal subuh, masa untuk mengadap tuhan, memohon agar diberkati perjalanan hidup ini. seawal jam 8.30 pagi mase untuk aku menempuh ujian.. peperiksaan akhir semester, kertas Bahasa Melayu dan Multimedia. Alhamdulillah, walau tak sempurna, tak pula sehingga buntu nak menjawab. selepas itu, he..he.. mase ni hanya aku je yang tau, ha..ha.. indah.. memang indah... petangnye main bola, jaringkan beberapa gol... cukup untuk orang yang tak berapa pandai nak main bola macam aku ni, he.he.. yang pasti, semalam memang indah. indah.. dan indah...
MELAYU ITU ISLAM KAH?
11/10/2008 05:09:00 PTG | Author: yus_anakmelayu
Assalamualaikumini pendapat semata-mata... masyarakat Melayu sangat berpegang pada apa yang dipanggil sebagai ADAT...bagi masyarakat Melayu, ada tiga macam/jenis adat. pertamanya adat sebenar adat, kedua adat yang diadatkan, dan yang ketiga adat yang teradat. perhatikan pepatah Melayu di bawah ini,

adat sebenar adat,
adat berwaris kepada nabi,
adat berkhalifah kepada adam,
adat berinduk ke ulama,
adat dianjak layu diumbut mati,
ditanam tumbuh, dikubur hidup,
tersurat di kertas, tersirat dalam sunah....
adat yang diadatkan,
adat yang turun dari raja,
adat yang dibuat kemudian,
putus muafakat ia berubah,
beralih musim ia layu,
bersalin baju ia tercampak,
berpaling tegak ia lepas......
adat yang teradat,
datangnya tidak berberita,
perginya tidak berhkabar,
adat yang disarung tidak berjahit,
yang tumbuh tidak ditanam,
yang kembang tidak berkuntum.......

Masyarakat Melayu memang sangat berpegang pada adat, tetapi harus kita ingat bahawa perkara yang paling asas dalam adat itu sendiri ialah agama Islam yang suci yang disebut sebagai adat yang sebenar adat. oleh itu, bila kita menyebut tentang Melayu, jangan kita cuba menyisihkannya daripada Islam. Islam tidak semestinya Melayu, kerana Islam itu universal, boleh ada pada mana2 kaum.
Surah Ibrahim,4: "dan kami tidak mengutuskan seorang rasul, melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia dapat memberikan penjelasan dengan terang kepada mereka" menunjukkan betapa Islam itu fleksibel, boleh disesuaikan dengan mana2 bangsa sekalipun... namun, bila kita melihat dari sudut pandangan Melayu itu sendiri, tidak keterlaluan jika saya mengatakan bahawa Islam lah satu-satunya agama yang sinonim dengannya. Sejarah membuktikan betapa dengan Islam, Melayu hidup subur, berkembang menjadi sebuah bangsa yang lebih bertamadun...apa yang salah harap maafkan..

BERTELAGA JENJANG NAIK
MINTA WASIAT KEPADA YANG TUA
MINTA PETUA KEPADA YANG ALIM
MINTA AKAL KEPADA YANG CERDIK
MINTA BERANI KEPADA HULUBALANG
MINTA DAULAT KEPADA RAJA

Assalamualaikum W.B.T.
TAK TAU NAK BACE APE!!!! =P
11/09/2008 01:22:00 PTG | Author: yus_anakmelayu

Assalamualaikum. Aku dah pening memikirkan exam yang bakal aku jawab pagi ni, ntah... subjek bahasa melayu dengan multimedia.... isi kandungan subjek ini ialah bagaimana mengaplikasi perisian flash dan adobe ke dalam bahasa Melayu.... penat gile nak wat adobe n flash... skang nak suh jawab pekse plak..

tak tau macam mane skop soalannye.. doa2kan je lah aku dapat jawab yek.. assalamualaikum
BOLA, BOLA, BOLA!!!
11/07/2008 03:16:00 PG | Author: yus_anakmelayu

Dalam dunia ni ade pelbagai jenis bola... tapi kenapa bola sepak jugak yang jadi bola paling best dalam dunia?? sape boleh jawab? sampaikan aku yang nak exam esok hari ni sempat lagi main bola petang td..huh!!!penat!!! tak tau lah leh study ke atau tak jap lagi ni.. nak g mandi n solat dlu.. papai...
NGANTUKNYER!!!!
11/06/2008 11:58:00 PG | Author: yus_anakmelayu

Salam peperiksaan dr aku....
mase tgh menulis ni aku baru bangun dr tdo, kononnyer nak study skit la... luse nak exam...
tapi, masalah paling utama ialah mengantuk.... susuah jugak nak atasi nih! he....he... boleh, yus boleh... dah masuk sem 5 dah, takkanla takleh atasi.... rakan2, doakan aku dapat keputusan yang terbaik dalam final test kali ini k.... assalamualaikum =)
indahnye mase itu....
11/05/2008 09:44:00 PTG | Author: yus_anakmelayu


agaknyer kat ner ni yek?

kat salah sebuah pasr raya di beijing

kat da hong men(red door)

banyak2 orang dalam gambar ni, yang mane paling cute? ha..ha..
MACAM TAK SESUAI JE??
11/05/2008 08:13:00 PTG | Author: yus_anakmelayu
camne?
ok tak bile aku pakai coat?
siap pakai songkok plak tu...
ni maser aku baru sampai di lapangan terbang Beijing
tak selesa langsung pakai benda ni... he.he..
Ku Ingin Kamu
11/05/2008 01:56:00 PTG | Author: yus_anakmelayu

demi semua yang aku jalani bersamamu
kuingin kau jadi milikku
kuingin kau disampingku
tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
dan hanya dirimu yang bisa
membawa surga dalam hatiku
kuingin engkau menjadi milikku
aku akan mencintaimu
menjagamu selama hidupku
dan aku kan berjanji
hanya kaulah yang kusayangi
ku akan setia disini
menemani...
sentuhanmu bagaikan tangan sang dewi cinta
yang berhiaskan bunga asmara
dan membuatku tak kuasa
di setiap arung gerak
tersimpan di hati kecilku
bahwa dirimu terindah untukku
selama ku masih bisa bertahan
selama ku masih bisa bernapas
selama Tuhan masih mengizinkan
kuingin selalu menjagamu
selama ku masih bisa bertahan
selama ku masih bisa bernafas......
bile EXAM tiba =p
11/05/2008 12:30:00 PTG | Author: yus_anakmelayu

Bile sebut je pasal exam, smua perkara dalam um ni akan berubah.....

aku senaraikan, then kalau ade tambahan bagitau lah k =)



  1. Alhamdulillah, mase ni surau akan dipenuhi oleh muslimin dan muslimat. sedar yang kejayaan tak hanya bergantung pada usaha, tapi juga doa dan tawakkal. harap2 situasi ini akan kekal walaupun bukan musim peperiksaan.

  2. perpustakaan dan ruang-ruang membaca yang selama ni hanya jadi laluan, bile time exam takde kerusi kosong, ha..ha...(yeke?).

  3. pukul 3 pagi aku bangun tdo, nampak lampu setiap bilik masih lagi terang benderang. itu tandanya tuan bilik masih tak tdo, duk asyik membaca. mungkin jugak bangun tahajud, n hajat mintak ngan Allah agar dipermudahkan urusan. alhamdulillah.

  4. mase exam ni lah tibe2 je ramai yang suke bersukan. tasik um akan dipenuhi oleh pelajar untuk beriadah terutamanya jogging... mungkin nak release 10sen kot.

  5. bebudak lelaki akan sibuk mencari bebudak perempuan. ape lagi, nak mintak nota la.. macam aku ni, ha..ha.. malas nak tulis nota....

itu je yang aku nampak bile time exam ni. ade lagi tambahan?

SALAM PERKENALAN 2
11/05/2008 11:39:00 PG | Author: yus_anakmelayu















kat foyer kolej sepuluh, (blakang)sherry, (dr kiri)rosmizan, aku, bai, dan mat razis












(Sambungan “SALAM PERKENALAN”)


Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi atau Kolej Kediaman Kesepuluh merupakan tempat pertama aku menjejakkan kaki di UM. Aku ingat lagi mase aku turun dari kereta, dekat dengan kolej sepuluh, kat depan rumah pengetua kolej kelapan(kolej kinabalu, sebelah kolej sepuluh). Aku, mak aku, dan abang aku ke terus menuju pintu pagar kolej. Aku disuruh mendaftar untuk bilik. Kalau tak silap aku, pelajar junior dibahagikan mengikut fakulti. Mase tu, mami yang jage bebudak Akademi Pengajian Melayu. Siap je daftar, dengar lah ucapan daripada pengetua… mak ngan abang aku dah balik mase tu..
Aku dah tak ingat no bilik pertama aku, tapi tingkat bawah skali la… dan roomate pertama aku mase tu ialah seorang guru cina. Baik orangnye…. Tapi die tak lame…
Just untuk minggu haluansiswa… Tau tak minggu haluansiswa? He..he.. minggu yang terpahat antara kenangan berharga aku semasa di UM. Mase tu aku kenal pelajar2 UM yang same umur ngan aku... dari pelbagai negeri... mase tu bebudak yang paling kecoh memang bebudak nilam puri la.. tak aci lah, diorang dah memang kenal sebelum ni. Aku yang baru ni plak tak kenal sape2. nasib baik la aku ni jenis yang bising skit. Pastu nampak macam otai jugakl la, ha..ha..
Senang dapat member.... Hamsah, kenal tak? Ketua sorak kolej sepuluh... mase dulu aku baik jugak la ngan die... pastu aku mule kenal ngan bebudak lain, kebanyakannye bebudak pengajian islam ngan pengajian melayu le.. kiterorang mmg menjadi otai la mase tu, ha..ha.. ramai kawan aku mase tu dah jadi orang penting skarang ni.... mase haluansiswa jugakla aku kenal ngan roomate aku skarang, Alamin.. aku ingat lagi, die ngan puak-puak kelantan die.. kiterorang duk solat kat surau KPS... mase tu die jadi tok imam... sampai skarang dah memang kamcing ngan die. Pendek kate, ape yang die buat aku tau jugak la.. aku susah die tolong, die susah aku duk tengok je, ha..ha.. jangan marah ye amin.. he..he.. kawan-kawan yang lain antaranya fendi, rosmizan, jo, syed, hafiz, hafizul, wan razali, wan muhammad, wan suriman, mamat, halim, (roomate aku mase kat kolej 10 tu), sobirin, zuhair, bob, shahir(penghulu haluansiswa) dan ramai lagi.. pmpuan plak macam arenawati, ain bujang, kak long, wawa, etc.... satu lagi yang menarik ngan haluansiswa ni kiterorang diguide oleh pembantu mahasiswa(pm), aku paling ingat 4 orang pm yang ade gelagat masing2. kak dayah, seorang yang sangat garang mase haluansiswa. Padahal takde pape pun. Biasalah time junior sume org takut kan? Pastu ali sayraf, pendebat universiti Malaya yang bagi aku sangat berkebolehan dan mempunyai pengetahuan am yang tinggi. Yang ketiga plak Maisarah razali. Awek yang sorang ni ade lesung pipit yang aku rase nak cungkil je dr pipi die, ha..ha… jangan marah yek, gurau je… dan satu lagi nabila abd. Ghafar. Awek ni plak jenis yang lembut, kalau ikut citer die, die ni kelahiran amerika but keluarga duk kat Kelantan. Fisrt projek yang aku join kat UM ni under die lah.. projek Career Fair, tapi projek tu tak jadi... bukan rezeki kot... selain 4 orang ni, pm yang lain antaranya kak husmaliesha, kak sara, abang adha, abang julihin sabang, etc... kat kolej sepuluh, aku ni kire aktif jugak la... ingat lagi mase festival seni, aku masuk nasyid, ha..ha.. mase tu solonyer wan suriman ngan arenawati. Aku ingat lagi, kolej sepuluh je satu2nyer yang guna alat muzik mase pertandingan. Yang lain sumernyer gune minus one. Buat yang tak tau, aku masuk palapes(pasukan latihan pegawai simpanan). Jadi, aku tak perlu lah nak aktifkan diri ngan jtk kolej... kalau tak, dah lame kot aku join jtk, ha..ha... bebudak palapes bile masuk sem 3 akan pindah ke kolej 5(dayasari). Rase berat nak meninggalkan kolej sepuluh. Namun, orang kate setiap individu tu ade haluan masing2. aku memilih haluan ini(palapes), jadi aku perlu habiskannye.... begitulah hidup aku semasa awal2 aku di UM.. skarang aku dah masuk tahun ketiga(akhir), sem 5(semasa menulis). Menginap di kolej 5 ngan bebudak palapes lain, termasuklah alamin. Selain palapes banyak lagi yang aku masuk... silat(wakil um, lain kali aku citer) dan projek2 fakulti(apm)... setakat ini dulu aku rase, cukup untuk korang sume tau perkembangan aku sejak kecik sampailah masuk ke gerbang universiti... ape yang kurang tu, sebab aku ni mudah lupe, he..he... terima kasih buat semua yang terlibat dengan jalan citer hidup aku.. maaf kalau gurauan aku dalam tulisan ini mengguris hati.. assalamualaikum
Takziah Buat Dua Sahabat
11/05/2008 11:32:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Semoga Hafizul dan Matusup cepat sembuh daripada kecederaan dan boleh mengambil peperiksaan, insyaAllah. Amiin... Mereka baru sahaja ditimpa kemalangan jalan raya...
JALUR GEMILANG DI BUMI BEIJING
11/05/2008 08:30:00 PG | Author: yus_anakmelayu

TEMBOK BESAR CHINA MENYAKSIKAN BETAPA JALUR GEMILANG BEKIBAR PENUH BERMARUAH DI NEGARA ORANG...
TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA..
penawar duka
11/04/2008 11:24:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Satu hari ketika baru saja tiba dr kuantan, aku singgah sekejap di KlCC.Aku ada something utk dibeli. Ketika aku sedang melihat brg dikedai,tiba-tiba perut aku terasa memulas.Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas kat level satu.Masuk saja kat situ,aku tengok ada 3 bilik air.Satu tu bertutup,so aku pegi yg disebelahnya. Baru saja aku duduk,aku terdengar suara dari sebelah "Haa,camna sekarang ?" Aku pun bukan suka nak berbual ngan org yg aku tak kenal kat tandas tu.Ntah camna, akhirnya aku balas juga "Ok gak ler" Kemudian suara tu bertanya lagi "Ko nak gi mana ni??" Iskk..Aku mula rasa musykil skit..tapi aku kata "Aku nak balik, singgah sini nak beli brg sikit" Lepas suara tu bertanya lagi "Bila ko nak gerak ni??" Aku selamba jer kata. 'Lepas aku sudah ni,abis beli aku chow la". Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata "Hei,aku call balik ko lepas nilah,tiap kali aku tanya soalan kat ko, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!! Moral: jangan menyampuk time orang bercakap...



pak kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. suatu hari datang la seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim. beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat. setelah 3 hari berkahwin.. seman masih duk kat umah mentuanya. setelah azan maghrib berkumandang..pak kasim mengajak seman utk solat maghrib berjamaah. seman gelabah.. sebelum ini dia tak pernah solat. lalu seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. "yang.. camner ni.. abg tak penah solat ni" "takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat" isterinya berbisik perlahan.. seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim. setelah pak kasim takbir.. seman ikut takbir...lalu pak kasim membaca surah alfatihah.. "bismillahirrahmanirrahim..." seman pun turut membaca bismillah dengan lantang... "bismillahirrahmanirrahim..." aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut? setahu aku imam je yg baca kuat.. getus hati pak kasim.. pak kasim buat selamba. dia terus membaca surah al-fatihah. seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji. pak kasim pelik.. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat seman. seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah pak kasim. "ish! gila ke menantu aku ni??" pak kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari seman. seman turut berjalan ke depan mengikut langkah pak kasim. pak kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya. seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi sawah. tiba-tiba pak kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir. pak kasim pun terus bertanya kepada seman. "seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?" "ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau. sampai kena berlari.."
7 Alasan Mencela Diri ~ Khalil Gibran
11/04/2008 10:27:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Tujuh kali aku pernah mencela jiwaku,

Pertama kali ketika aku melihatnya lemah, padahal seharusnya ia bisa kuat.

Kedua kali ketika melihatnya berjalan terjongket-jongket di hadapan orang yang lumpuh

Ketiga kali ketika berhadapan dengan pilihan yang sulit dan mudah ia memilih yang mudah

Keempat kalinya, ketika ia melakukan kesalahan dan cuba menghibur diri dengan mengatakan bahawa semua orang juga melakukan kesalahan

Kelima kali, ia menghindar kerana takut, lalu mengatakannya sebagai sabar

Keenam kali, ketika ia mengejek kepada seraut wajah buruk padahal ia tahu, bahawa wajah itu adalah salah satu topeng yang sering ia pakai

Dan ketujuh, ketika ia menyanyikan lagu pujian dan menganggap itu sebagai suatu yang bermanfaat
SALAM PERKENALAN
11/04/2008 07:55:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Assalamualaikum...
Salam perkenalan buat semua... hari ini, tanggal 4 November 2008 hari kelahiran bagi blog laman hakiki ini. Aku doakan blog ini akan jadi landasan terbaik aku merungkai dan meluahkan apa sahaja yang aku rasa perlu.

Untuk sesiapa yang tidak mengenali aku, aku Yusrizam Bin Ibrahim, anak kelahiran negeri Pahang yang kini sedang menuntut dalam jurusan bahasa Melayu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Berusia 22 tahun(15/12/1986), aku memiliki 10 orang adik beradik dan dilahirkan dalam keluarga yang sangat sederhana. Sangat cenderung melibatkan diri dalam aktiviti yang lasak. Kalau zaman skolah dulu, aku sangat berminat dengan permainan hoki. Sejak dari tingkatan dua hingga ke tingkatan enam mewakili sekolah, lebih dari itu tak pernah nak lepas-lepas, he..he.. aku jugak masuk Taekwondo. Sempatla pakai talipingang biru 2. Aku juga seorang pengawas pusat sumber sekolah(ketua pengawas), juga ketua editor majalah sekolah, dan presiden kelab bimbingan dan kaunseling. Satu lagi terlupa, ketua rumah sukan(rumah merah), he..he.. itu zaman skolah la.. lupe lak nak bagitau.. aku dulu skolah kat SMK Paya Besar, Kuantan, Pahang. Dari tingkatan 1 sampailah ke tingkatan enam. pendek kata, sebut je name yus, cikgu2 memang dah kenal la, sampai naik muak dah dengar name yus.. ha..ha..
skolah rendah plak tak banyak kenangan. aku mula skolah kat SRJK(C) Rompin, Rompin, Pahang... pastu bile pindah ke kuantan, aku dan lah jugak skolah kat SRJK(C) Chung Ching seminggu(name je skolah china, sepatah haram tak reti cakap china =p). last skali aku skolah kat SK Permatang Badak, Kuantan... terima kasih buat semua guru yang mengajar aku, antara yang masih aku ingat.... skolah rendah > cikgu Nasimah, Cikgu Hashimah, Cikgu Zauwyah, Cikgu Zubaiah, Cikgu Rohaya, Cikgu Rizal, Ustaz Halim, dan lain2... skolah menengah plak > Cikgu Norida Adura, Ustazah Sy. Noraiham, puan Rohani(mak ani), sir hiew siaw tek, puan Melati, Puan haniliza, ustazah Junaidah dan lain2(maaf buat cikgu yang tak disebut namanya). zaman persekolahan tentunya zaman yang indah untuk aku ingati. mengingati pulak member2 skolah...
mase aku skolah rendah dlu, ade dua tiga orang yang jadi member baik... shahdan ghaffar, hamizi anak cikgu rohaya, syed amirul dll. ade yang skarang satu universiti ngan aku pun ade, he..he. macam rabia'ah.. tak sangka plak.. keep in touch k =) skolah menegah plak kawan baik aku sape yek? takde yang betul2 rapat =( tapi kawan tetap kawan.. ramai je.. hiszahar, rhoni, hapiz krepek, taufiq, faisal, syukri, amir firdaus, bip, harris, fatah, sobri, nadiah, fatin, chik, lynn, kelly, suhaili, ainsyah, asiah, dan ramai lagi(maap jugak kalau ade yang tak disebut) lupe nak sebut plak.. azzah, ha..ha.. sorry azzah, tak teringat td... =p dan.. syuhada... terima kasih buat yang sudi berkawan dengan aku yang tak punya apa2 ni... aku sangat bersyukur dengan Allah SWT kerana dikurniakan dengan ramai sahabat....

Pertama kali menjejakkan kaki ke Universiti Malaya(dah tak ingat tarikh, tapi tahun 2006), agak kaget dan sedikit gemuruh... apatah lagi banyak pihak yang kata UM ni universiti terbaik di Malaysia... betul atau tak aku tak tau... aku ditempatkan di Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi... ingat lagi mase tu mak ngan abang aku yang teman... sampai2 je dengar pengetua kolej bagi ucapan... bersambung akan datang...
Di Atas Runtuhan Kota Melaka ~ Hamka
11/04/2008 07:07:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Di atas runtuhan Melaka lama
Penyair termenung seorang diri
Ingat Melayu kala jayanya
Pusat kebesaran nenek bahari

Di atas munggu yang ketinggian
Penyair duduk termenung seorang
Jauh pandangku ke pantai sana
Ombak memecah di atas karang

Awan berarak mentilau bernyanyi
Murai berkicau bayu merayu
Kenang melayang ke alam sunyi
Teringat zaman yang lama lalu

Sunyi dan sepi, hening dan lingau
Melambai sukma melenyai tulang
Arwah Hang Tuah rasa menghimbau
Menyeru umat tunduk ke Tuhan

Di sini dahulu alat kebesaran
Adat resam teguh berdiri
Duduk semayam Yang Dipertuan
Melimpahkan hukum segenap negeri

Di sini dahulu Laksamana Hang Tuah
Satria moyang Melayu jati
Jaya perkasa, gagah dan mewah
‘Tidak Melayu hilang di bumi’

Di sini dahulu paying terkembang
Megah Bendahara Seri Maharaja
Bendahara yang cerdik tumpuan dagang
Lubuk budi laut bicara

Penyair menghadap ke laut lepas
Selat Melaka tenang terbentang
Awan berarak riak menghempas
Mentari turun rembanglah petang

Wahai tuan Selat Melaka
Mengapa tuan berdiam diri?
Tidakkah tahu untung hamba
Hamba musafir datang ke mari

Di mana Daulat Yang Dipertuan
Mana Hang Tuah, mana Hang Jebat
Mana Bendahara johan pahlawan
Bukankah jelas di dalam babad

Namanya tetap jadi sebutan
Bekasnya hilang payah mencari
Sedikit penyair bertemu kesan
Musnah dalam gulungan hari

Mengapa ini bekas yang tinggal
Umat yang lemah terkatung-katung
Hidup menumpang tanah terjual
Larat wahai larat dipukul untung

Adakah ini bekas peninggalan
Belahan diriku umat Melayu
Lemah dan lungai tiada karuan
Laksana bunga terkulai layu

Jauh di darat penyair melihat
Gunung Ledang duduk termangu
Tinggi menjulang hijau dan dahsyat
Hiasan hikayat nenekku dahulu

Di dalam kuasyik merenung gunung
Di dalam kemilau panas kan petang
Tengah khayal dirundung menung
Rasanya ada orang yang datang

Penyair hanya duduk sendiri
Tapi keliling rasanya ramai
Bulu romaku rasa berdiri
Berubah warna alam yang permai

Ada rasanya bisikan sayu
Hembusan angina di Gunung Ledang
Entah puteri datang merayu
Padahal beta bukan meminang

Bukanlah hamba Sultan Melaka
Jambatan emas tak ada padakuK
ekayaanku hanya syair seloka
Hanya nyanyian untuk bangsaku

Justeru terdengar puteri berkata
Suaranya halus masuk ke sukma
Maksudmu tuan sudahlah nyata
Hendak mengenang riwayat yang lama

Bukan kuminta jambatan emas
Tapi nasihat hendak kuberi
Kenang-kenangan zaman yang lepas
Iktibar cucu kemudian hari

Sebelum engkau mengambil simpulan
Sebelum Portugis engkau kutuki
Inggeris Belanda engkau cemarkan
Ketahui dahulu salah sendiri

Sultan Mahmud Shah mula pertama
Meminang diriku ke Gunung Ledang
Segala pintaku baginda terima
Darah semangkuk takut menuang

Adakan cita akan tercapai
Adakan hasil yang diingini
Jika berbalik sebelum sampai
Mengorbankan darah tiada berani

Apalah daya Datuk Bendahara
Jikalau Sultan hanya tualang
Memikir diri seorang sahaja
Tidak mengingat rakyat yang malang

Sultan Ahmad Shah apalah akalnya
Walaupun baginda inginkan syahid
Mualim Makhdum lemah imannya
‘Di sini bukan tempat Tauhid’

Bendahara Tua Paduka Raja
Walaupun ingin mati berjuang
Bersama hilang dengan Melaka
Anak cucunya hendak lari pulang

Berapa pula penjual negeri
Mengharap emas perak bertimba
Untuk keuntungan diri sendiri
Biarlah bangsa menjadi hamba

Ini sebabnya umat akan jatuh
Baik dahulu atau sekarang
Inilah sebab kakinya lumpuh
Menjadi budak belian orang

Sakitnya bangsa bukan di luar
Tetapi terhunjam di dalam nyawa
Walau diubat walau ditawar
Semangat hancur apalah daya

Janjian Tuhan sudah tajalli
Mulialah umat yang teguh iman
Allah tak pernah mungkirkan janji
Tarikh riwayat jadi pedoman

Tidaklah Allah mengubah untung
Suatu kaum dalam dunia
Jika hanya duduk terkatung
Berpeluk lutut berputus asa

Malang dan mujur nasibnya bangsa
Turun dan naik silih berganti
Terhenyak lemah naik perkasa
Bergantung atas usaha sendiri

Riwayat yang lama tutuplah sudah
Apalah guna lama terharu
Baik berhenti bermenung gundah
Sekarang dibuka lembaran baru

Habis sudah madahnya puteri
Ia pun ghaib capal pun hilang
Tinggal penyair seorang diri
Di hadapan cahaya jelas membentang

Pantai Melaka kulihat riang
Nampaklah ombak kejar-mengejar
Bangunlah Tuan belahanku saying
Seluruh Timur sudahlah besar

Bercermin pada sejarah moyang
Kita sekarang mengubah nasib
Di zaman susah atau pun riang
Tolong tetap dari Yang Ghaib

Bangunlah kasih, umat Melayu
Belahan asal satu turunan
Bercampur darah dari dahulu
Persamaan nasib jadi kenangan

Semangat yang lemah dibuang jauh
Jiwa yang kecil kita besarkan
Yakin percaya, iman pun teguh
Zaman hadapan, penuh harapan

Bukanlah kecil golongan tuan
Tujuh puluh juta Indonesia
Bukan sedikit kita berteman
Sudahlah bangun bumi Asia

Kutarik nafas, kukumpul ingatan
Aku pun tegak dari renungku
Jalan yang jauh aku teruskan
Melukis riwayat sifat hidupku

Kota Melaka tinggallah sayang
Beta nak balik ke Pulau Percha
Walau terpisah engkau sekarang
Lambat launnya kembali pula
Walaupun luas watan terbentang
Danau Maninjau terkenang jua