http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/STIDKLut6QI/AAAAAAAAAsI/cBo6xn7s-
Terima Kasih Cikgu
5/15/2009 06:29:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Assalamualaikum...
Sekian lama tidak menulis, hari ini terpanggil untuk menulis di ruangan ini... Latihan PALAPES telah ditunda kepada 23hb Mei 2009. Esok, aku akan ke kuantan untuk melibatkan diri dalam pemilihan pasukan kuantan bagi acara pencak silat Sukan Remaja Pahang. Kita tinggalkan itu dahulu... Perkara yang ingin aku bicarakan ari ini ialah mengenai seorang guru. Guru aku. Guru dia. Duru kamu(mungkin). Mengimbau ketika aku masih di tingkatan 2, guru itu menegur; "Kasut kamu dah berlubang, nah ambillah duit ini. Belilah kasut yang baru". Sampai sekarang aku masih ingat peristiwa itu. Tamat sahaja tingkatan 5, aku bekerja sambilan di perpustakaan sebuah sekolah berasrama penuh sekitar kuantan. Agak jauh dari rumah. Mulanya aku berbasikal ke sana. Seingat aku, bergerak dari rumah seawal jam 5 dan tiba di sana jam 6 pagi. memang memenatkan. Tanpa aku duga rupanya cikgu tadi telah berpindah ke sekolah tersebut. beliau menawarkan aku untuk pergi dan balik bersama-samanya. Sungguh mulia cikgu ini. Membantu selagi mampu. Tidak pula mengharapkan balasan. Disebabkan guru inilah aku telah menanam tekad untuk menjadi seorang guru. Ijazah yang bakal aku miliki tidak melibatkan program pendidikan. Namun, aku akan berusaha sedaya mungkin untuk menceburi bidang tersebut berbakti pada anak bangsa sebagaimana pesan cikgu itu, "jadilah cikgu yang mursyid". Terima kasih cikgu. terima kasih untuk segalanya.
Assalamualaikum.
|
This entry was posted on 5/15/2009 06:29:00 PG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 Pandangan Sahabat Laman: