http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/STIDKLut6QI/AAAAAAAAAsI/cBo6xn7s-
Pengembara yang Hina
7/11/2009 09:10:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Akukah pengembara yang hina
Dipandang sepi dipandang lekeh
Mungkin kerana asalku abdi
Sentiasa menjadi abdi
Untuk tumpang berteduh
Menjadi satu masalah
Bimbang mencemar dan mengotor

Akukah pengembara yang hina
Sentiasa diarah-arah dimarah-marah
Tak mengapa mungkin dalam benaknya
Pengembara tak punya rasa tiada hati
Tanpa pengembara pun aku tak mati

Memang akulah pengembara yang hina
Bila perlu minta didekati
Bila tawar ditolak ke tepi
Aku redha aku begini
Tangisan ini tak punya erti
Kasih pengembara tak dihargai
Perlukah pengembara mengembara lagi?

11 julai 2009 - tarikh hitam(asalnya putih)
Mengungkap kejadian di Midvalley Megamall, Kuala Lumpur
Dayasari, Universiti Malaya
|
This entry was posted on 7/11/2009 09:10:00 PG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 Pandangan Sahabat Laman: