http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/STIDKLut6QI/AAAAAAAAAsI/cBo6xn7s-
Ketentuan
10/23/2009 10:12:00 PTG | Author: yus_anakmelayu
Assalamualaikum.
Manusia memang suka merancang.
Tetapi, tidak semua yang kita rancang berakhir sebagaimana yang kita mahu. Bagitu juga aku yang merancang sesuatu dengan harapan yang penuh agar perkara yang aku rancang itu berjaya disempurnakan. Di akhirnya, ujian melanda. Musnah semua rancangan.
Cuma bezanya kita dengan manusia yang berlainan agama, kita punya Allah untuk kita mengadu.
Timbul pula persoalan, selalukah kita mendekati tuhan yang satu itu? Percayakah kita pada Qada' dan Qadarnya? Meskipun kita beragama Islam, jarang sekali kita redha dengan ketentuanNya. Contoh yang mudah, waktu petang untuk bermain bola sepak. Hati memberontak apabila hujan mula turun dengan lebat.
Kes yang berlaku pada aku ini mudah sahaja. Soal cinta. Berlaku antara dua nyawa. Pernah berjanji seia sekata. Aku juga menanam impian untuk menjadikannya suri(seperti terlalu awal). Akhirnya terbengkalai dek mentalitinya yang menganggap diri terlalu hina berbanding pasangannya walhal aku lebih teruk darinya. Mungkin itu sekadar alasan untuk melepaskan diri daripada aku.
Aku terima sebagai ketentuan. Kawanku berpesan, soal sekecil ini jangan kau jadikan nanah dalam hati. Memang lelaki perlu berteman, tetapi bukan wajib bahkan mungkin haram kalau ianya sebelum ke jinjang pelamin. Apatah lagi di zaman ini, wanita terlalu ramai untuk dipilih. Panjang lagi masa.
Nasihat yang selalu dan sudah jemu untuk aku mendengarnya tetapi sangat rasional dan benar kata-kata itu.
Yusrizam Ibrahim, teruskan hidupmu seperti biasa. Bukankah kau bercita-cita menjadi seorang guru bahasa Melayu yang mampu menyedarkan anak bangsa kepentingan bahasa ibunda? Bukankah kau bercita-cita menyara kedua ibu-bapamu? memberi mereka kesenangan dalam sisa-sisa usia mereka? Itu janjiku, dan akan aku tunaikan! dengan izin Allah!

Assalamualaikum...
|
This entry was posted on 10/23/2009 10:12:00 PTG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 Pandangan Sahabat Laman: