http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/STIDKLut6QI/AAAAAAAAAsI/cBo6xn7s-
Coretan Tanpa Idea
1/24/2010 04:09:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Assalamualaikum....
Mengapa terasa seolah-olah kosong fikiranku? Tidak tahu apa harus aku luahkan dalam entri kali ini. Menulis sekadar ingin meregang-regangkan jari-jemari kasar. Dua minggu terakhir ini, banyak juga sebenarya perkara yang berlaku. Kejohanan Silat terbuka dan IPTA Taming Sari II anjuran UKM baru sahaja melabuhkan tirai. Sudah tertulis, pingat perak milik aku, alhamdulillah. Semoga kejohanan di UPSI akan lebih baik! amiin...
Dalam beberapa hari ini ada satu persoalan bermain dalam fikiran. Mudah sahaja; adakah orang yang "sepertiku" ini layak didampingi seorang yang bergelar ustazah atau yang sejenis dengannya? Maksudku, wanita yang baik-baik. Menyedari hakikat diri sangat lagho, memang sukar membayangkan bagaimana wanita dari golongan ini boleh mendampingiku @ ingin mengenaliku.
Apapun, soal jodoh, soal rezeki(aku masih mencari pekerjaan), aku serahkan pada tuhan(ya, aku juga berusaha).
Assalamualaikum....
|
This entry was posted on 1/24/2010 04:09:00 PG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Pandangan Sahabat Laman:

On 28 Januari 2010 pada 1:29 PTG , Faiz Faiza berkata...

wah, ada berita gembira terselit di sini nampaknya. kongsi la cerita tu dgn kfaiz. bbesar hati utk mdengar.

yus sdh tonton Ketika Cinta Bertasbih? Ada dialog yg mengikut pandangan kfz boleh menunjuk jalan.

apapun fighter, siap sedia utk UPSI!
UM GO, UM FIGHT, UM WIN!

 
On 29 Januari 2010 pada 10:07 PG , yus_anakmelayu berkata...

mekasih kak faiz, ehe... Seorang wanita impiannya memiliki suami yang punya ilmu agama yang cukup, mampu mendidik anak, mengajarkan Al-Quran, Mengajar tertib solat, mentarbiahkan ahli keluarga. Soalnya, bukan semua lelaki punya ciri tersebut... InsyaAllah saya akan mencari erita itu, ehe... esok perlimau tapak di Pengkalan Balak. Saya turut serta..
baru 2 minggu usia saya sebagai anak Gayong! Alhamdulillah...

 
On 2 Februari 2010 pada 8:27 PG , Mutiara Hati berkata...

Salam.. Berdoalah..

“Ya ALLAH, andainya dia baik untuk aku demi duniaku dan akhiratku, maka satukanlah kami dalam istilah cinta yang akan berakhir dalam perkahwinan, andainya dia tidak baik untuk aku demi duniaku dan akhiratku, maka pisahkanlah kami dalam istilah persahabatan dan persaudaraan Islam.”

 
On 4 Februari 2010 pada 11:32 PG , Faiz Faiza berkata...

mcm sdh npk byg2 orgnya.
si dia itukah?

 
On 8 Februari 2010 pada 4:22 PG , lailafillah berkata...

salam yus..erm.."perempuan yang baik..untuk laki2 yang baik.."..
ni adlh firman Allah..persoalannye disini..bukan nye layak atau tidak..tp..mahu atau tidak.. kalau nak yang terbaik..jdikanlah diri sebagai yang terbaik.. kerana ini janji Allah..^^ bukan utk jd org terhebat..cukuplah boleh menjadi imam memimpin anak dan isteri..waAllahua'lam.