http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/STIDKLut6QI/AAAAAAAAAsI/cBo6xn7s-
Kisah Biasa Aku (Bahagian 1)
3/18/2010 04:40:00 PTG | Author: yus_anakmelayu
Menyingkap kenangan singkat itu
Aku jadi bingung
Bagaimana boleh terjadi dan mengapa begitu
Bukan dirancang dan disengajakan
Namun telah tersurat dan tersirat
Yang telah berlaku tetap berlaku
Yang akan berlaku masih ditunggu

Aku tidak pernah mengenali
Tetapi aku sangat memahami
Bagaimana emosi seorang wanita
Menginterpretasi dirinya begitu rupa
Menceritakan alam sekelilingnya
Ikhlas dan tulus merungkai

Pengembaraanku dari nol hingga khatam
Ironinya masih belum rasa jemu
Membaca berulang-ulang kali
Semakin hari rasa itu makin terisi
Ajaib ciptaan tuhan yang satu ini
Wujud tanpa mengenali
Tercipta hanya kerana aku menghayati
Sebuah kisah gadis suci
Berkongsi pengalaman dengan hati bersih sekali

Berusaha mendekati empunya diri
Sapaan lembut aku beri
Cukup berhati-hati
Bimbang niat disalah erti
Mujur gadis ini sangat menyenangi
Kata dibalas salam bersambut
Senyum mekar dalam dada
Saat itu seakan aku paling gembira
Senyum luarbiasa menarik perhatian semua
Aku jadi kaget manusia sekeliling mudah mengenalpasti
Malu aku sendiri

Akan kusambung kisah biasa ini
Lain waktu andai aku masih mampu
Kerana kisah-kisah selepas ini
Benar-benar meruntun jiwa lelakiku
Jangan hairan jagoan sepertiku lemah mengejut
Hanya kerana dipalit warna kasih
Tunggu aku dilain waktu....
|
This entry was posted on 3/18/2010 04:40:00 PTG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 Pandangan Sahabat Laman: