http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/STIDKLut6QI/AAAAAAAAAsI/cBo6xn7s-
4/19/2009 11:38:00 PG | Author: yus_anakmelayu

Assalamualaikum
Aku mulakan dengan kalimat suci agar setiap yang aku katakan tidak menjadi satu yang dianggap buruk. Seorang manusia tidak pernah lari daripada melakukan dosa dan kesilapan. Sangat pasti dan sudah tersurat, perbuatan yang buruk akan dibalas dengan dosa dan perbuatan baik, insyaAllah pahala. Aku juga manusia biasa, pernah bahkan terlalu kerap dengan dosa-dosa. Bohong kalau aku katakan aku ini maksum orangnya. Namun, setiap kesilapan dan perkara yang kita lakukan,yang selayaknya menilai hanyalah Allah S.W.T. Bukan daya kita untuk mengkelaskan seseorang manusia itu sebagai baik atau jahat. Perlu diingat, seorang pelacur sekalipun kerana belasnya pada haiwan, dia ditempatkan dalam syurga. Begitu juga seorang alim yang siang malam hanya tahu beribadat, tetapi kerana menganiaya seekor haiwan beliau ditempatkan ke neraka. Setiap yang telah tersurat pasti ada hikmah disebaliknya, walaupun perkara itu bukan kehendak kita bahkan tidak terlintas sekalipun dalam benak pemikiran kita. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Mungkin sesuatu musibah yang berlaku terhadap kita itu menghalangkan kita berlarutan melakukan dosa. Saiapa tahu? Wallahualam Biswahab. Tidak pernah terlintas dalam hatiku ini untuk membuat sengketa dengan orang-orang yang berada di sekelilingku apatah lagi untuk memalit aib pada mereka kerana aku tahu dah tersurat dalam Kitabullah Manusia dicipta lelaki dan perempuan, barbangsa-bangsa, besuku-suku supaya dapat saling mengenal(Al-Hujurat-13). Cuma, kadang-kadang perbuatan kita disalah tafsir dan dianggap sebagai perbuatan hina untuk menjatuhkan air muka. Sahabat semua, maaf andai aku tersilap kata dan tersilap laku. Ketahuilah bahawa semua itu tidak pernah disengajakan. Kita sekarang berada dalam mood peperiksaan. Aku mendoakan kalian semua beroleh kejayaan yang membanggakan. Sangat beruntung anak-anak yang mengetahui bahawa ayah bonda sentiasa mengharapkan kecemerlangan kita, bakal membantu bila sudah bekerjaya. Satu-satunya matlamat aku yang terdekat ialah membaiki taraf hidup keluarga. Aku agak sedar orang yang berada dalam kepompong kemiskinan selalu dianggap hina. Dengan ilmu yang guru-guru curahkan, aku pasti dan yakin rezeki itu sentiasa ada. Teringat satu ceramah oleh Ustaz Azhar(penceramah dari Terengganu yang sangat terkenal), seorang Sami Siam mampu hidup selesa, makan dan minum cukup walhal sami itu tidak pernah sujud pada Allah SWT. Masakan kita yang mentauhidkan Allah SWT dan percaya rezeki itu datang daripada Allah boleh hilang pertimbangan mengatakan rezeki kita tiada? Terima kasih cikgu semua, didik saya jadi menusia. Setidak-tidaknya saya masih punya benteng untuk hidup dalam kota yang penuh dengan cabaran ini. Saya sentiasa mendoakan kesejahteraan cikgu-cikgu semua. Akhir kalam, aku mendoakan sahabat-sahabat aku sentiasa memaafkan perbuatan aku. Sesungguhnya kitalah hamba-yang sebaik-baik hamba jika kita mampu menerima qada' dan qadar Allah. Maafkan segala-galanya.
Assalamualaikum...
|
This entry was posted on 4/19/2009 11:38:00 PG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 Pandangan Sahabat Laman: