http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/STIDKLut6QI/AAAAAAAAAsI/cBo6xn7s-
Matlamat
4/26/2009 10:26:00 PG | Author: yus_anakmelayu

Assalamualaikum...
hmm... keluhan panjang... itu sahaja yang termampu aku muntahkan apabila mengingatkan hari untuk latihan pentauliahan PALAPES bakal tiba. 2hb Mei merupakan hari terakhir peperiksaan dan secara rasminya aku telah menghabiskan 6 semester di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Kawan sebilik aku selalu sahaja menyatakan dia tak peroleh apa-apa pun sepanjang tiga tahun di UM. Benarkah? Bagi aku, tiga tahun cukup untuk mengajar erti sebuah kehidupan. Tiga tahun cukup untuk aku menetapkan apa hala tuju aku selepas ini. Rakan-rakan asyik dengan soalan yang sama; "lepas ni kau nak buat apa yus? nak bekerja atau menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi?". Aku tak punya jawaban yang pasti untuk itu. Tetapi aku yakin dengan satu matlamat aku. Walau apa jua pilihan aku selepas ini, aku tidak mungkin akan lari daripada terus mempertahankan apa yang aku yakini selama ini. Aku sangat-sangat berpegang pada budaya "segar" Melayu yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Mempertahankan warisan nenek moyang secara menyeluruh; agama, adab dan adat, bahasa, budaya, sastera, dan segala macam lagi. Buat rakan-rakan yang seusia dengan aku, janganlah sekali-kali memperlekehkan niat aku ini, kerana sekurang-kurangnya aku masih lagi waras untuk memilih cara hidup aku. Hidup sederhana dengan budaya ibunda, aku memang tidak memerlukan budaya kuning bawaan barat yang disalurkan melalui bermacam medium termasuk bahasa mereka. Buat pejuang-pejuang bahasa Melayu, teruslah berjuang. Anak muda ini sentiasa berada disisi.
Sekian dahulu, salam permisi...
Assalamualaikum...
|
This entry was posted on 4/26/2009 10:26:00 PG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 Pandangan Sahabat Laman:

On 30 April 2009 pada 1:40 PTG , Tanpa Nama berkata...

Salam yus..
2 Mei paper terakhir ea?
Sama lah kita..
Selamat berjuang..=)