http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/STIDKLut6QI/AAAAAAAAAsI/cBo6xn7s-
Haluan Berbeza
4/14/2009 08:27:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Sunyi sepi di stesen keretapi
Kau di sana, aku di sini
Haluan kita berbeza

Kau mengimpikan ciuman ibu
Mendamba pelukan ayah
Dan suara riuh adik-adikmu
Aku menanti kesibukan kerja
Disambut debu-debu kota
Dan hiruk-pikuk manusia

Namun tujuan kita sama
Menunggu tren dengan setia
membawa kita ke mana-mana
Kau ke Seremban aku ke KL Sentral

yus_anakmelayu (14 April 2009-Stesen KTM UKM)
|
This entry was posted on 4/14/2009 08:27:00 PG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 Pandangan Sahabat Laman:

On 14 April 2009 7:47 PTG , aRa (^_^) berkata...

si pohon ara menghimpun segunung harapan utk bersua lagi dgn si pengembara yg setia...dari lubuk hati yg paling dalam, tidak ingin melepaskannya pergi...