http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/STIDKLut6QI/AAAAAAAAAsI/cBo6xn7s-
Blog dan Aku
4/21/2009 01:22:00 PG | Author: yus_anakmelayu
Assalamualaikum
Sekali lagi "diperangkap" oleh kak tipah untuk menjawab beberapa soalan, he..he..

1) Nyatakan Usia Blog

Kali pertama aku menulis entri untuk blog aku ialah pada 4 November 2008, seawal 7 pagi. Ini bermakna blog aku ni sebenarnya baru berusia 5 BULAN 15 Hari. Aku menulis menggunakan PC aku di Kolej Kediaman Dayasari(5), Universiti Malaya.

2) Terangkan mengapa anda menghasilkan dan menggunakan blog

Kaedah yang aku rasakan paling baik untuk meluahkan apa jua yang terpendam dalam hati aku. Juga tempat untuk berkarya walaupun tak seberapa, he...he... Blog adalah tempat yang aku rasa akulah insan yang paling berani, berani untuk kata apa saje yang aku nak. Blog jugak tempat untuk aku kenal orang-orang macam kak Tipah yang anggun, he..he.. mengenali tokoh-tokoh sastera macam Faisal Tehrani, Shamsudin Othman, ayahanda Baha Zain, ayahanda Abdullah hassan dan lain-lain. Tak terkecuali jugak blog jadi satu saluran penting buat anak-anak muda macam aku memberi pendapat tentang isu-isu terkini.

3) Blog Pertama yang dilayari

Blog "Cetusan Idea" oleh saaudara Ali Asyraf. Beliau merupakan Ketua team perbahasan Universiti Malaya. Sangat pandai bercakap dan pengetahuan am dia pun tinggi. Die ni aku kenal mase aku mula2 masuk UM lagi. Die jadi Pembantu Mahasiswa, yang bawak budak-budak junior macam aku ni ke mana-mana program yang dah disusun.Sangat peramah dan selalu tersenyum. Terima kasih Ali, jadi sahabat aku dan buka ruang untuk aku mengenali apa itu blog. =)

4) Entri Pertama dalam Blog

"Di atas Runtuhan Kota Melaka" - Khalil Gibran

Di atas runtuhan Melaka lama
Penyair termenung seorang diri
Ingat Melayu kala jayanya
Pusat kebesaran nenek bahari

Di atas munggu yang ketinggian
Penyair duduk termenung seorang
Jauh pandangku ke pantai sana
Ombak memecah di atas karang

Awan berarak mentilau bernyanyi
Murai berkicau bayu merayu
Kenang melayang ke alam sunyi
Teringat zaman yang lama lalu

Sunyi dan sepi, hening dan lingau
Melambai sukma melenyai tulang
Arwah Hang Tuah rasa menghimbau
Menyeru umat tunduk ke Tuhan

Di sini dahulu alat kebesaran
Adat resam teguh berdiri
Duduk semayam Yang Dipertuan
Melimpahkan hukum segenap negeri

Di sini dahulu Laksamana Hang Tuah
Satria moyang Melayu jati
Jaya perkasa, gagah dan mewah
‘Tidak Melayu hilang di bumi’

Di sini dahulu paying terkembang
Megah Bendahara Seri Maharaja
Bendahara yang cerdik tumpuan dagang
Lubuk budi laut bicara

Penyair menghadap ke laut lepas
Selat Melaka tenang terbentang
Awan berarak riak menghempas
Mentari turun rembanglah petang

Wahai tuan Selat Melaka
Mengapa tuan berdiam diri?
Tidakkah tahu untung hamba
Hamba musafir datang ke mari

Di mana Daulat Yang Dipertuan
Mana Hang Tuah, mana Hang Jebat
Mana Bendahara johan pahlawan
Bukankah jelas di dalam babad
*sajak ini sebenarnya panjang lagi, aku dah potong. Tak muat plak nanti, he..he..


5) Huraikan Entri Tersebut

Sajak karya Khalil Gibran ini sangat berbekas dalam hati dek kerana beliau menggambarkan sifat dan sikap orang Melayu, keupayaan dan kemegahan orang Melayu, juga keruntuhan orang Melayu. Pada permulaan aku menulis blog ini, aku sangat berharap blog aku menjadi antara ribuan blog anak muda Melayu yang mampu sedikit sebanyak memberi manfaat kepada perkembangan pemikiran Melayu atau setidak-tidaknya mengukuhkan jalinan ukhuwah sesama Melayu. =)

6) Gambar yang paling digemari dalam blog ini



Mase ni aku ade kat puncak Tembok Besar China. sangat bangga bila dapat mengibarkan bendera Malaysia di bumi China. Sesungguhnya aku insan yang bertuah, alhamdulillah.

7) Harapan Aku

Menjadi manusia yang disenangi semua pihak, amin. Aku nak menjadi anak yang baik, yang menghargai jerih payah ibu dan ayah membesarkan. Juga murid yang sentiasa mengingati jasa guru. Selain itu, semoga semangat perjuangan aku mengekalkan "Melayu" akan terus segar dan istiqamah.

8) Kembalikan soalan ini kepada sahabat

Aku kembalikan soalan ini kepada :
a) Ara
b) Lailafillah
c) Diana
d) Maisarah
e) Ali Asyraf
f) Adik Zt, Ain, dan Kinah

Assalamualaikum...
|
This entry was posted on 4/21/2009 01:22:00 PG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 Pandangan Sahabat Laman:

On 21 April 2009 pada 5:49 PG , tipahvogue berkata...

huhuhu...sangat sentimental bila baca harapan awak tu!! baguih baguih...akak doakan yg terbaik utk awak ye!!! :D